Menegakkan Agama dan Mentadbir Dunia dengannya


11:25:00 PM | Posted in ,
From: http://www.inc.com/


This is the summary of six things that  adaptive strategic leaders - the kind who thrive in today's uncertain environment - do well:


Anticipate


Most of the focus at most companies is on what's directly ahead. The leaders lack "peripheral vision". This can leave your company vulnerable to rivals who detect and act on ambiguous signals. To anticipate well, you must:



  • Look for game-changing information at the periphery of your industry
  • Search beyond the current boundaries of your business
  • Build wide external networks to help you scan the horizon better

Think critically

"Conventional wisdom" opens you to fewer raised eyebrows and second guessing. but if you swallow every management fad, herdlike belief, and safe opinion at face value, your company loses all competitive advantage. Critical thinkers question everything. To master this skill you must force yourself to:

  • Reframe problems to get to the bottom of things, in terms of root causes
  • Challenge current beliefs and mindsets, including your own
  • Uncover hypocrisy, manipulation, and bias in organizational decisions

Interpret

Ambiguity is unsettling. Faced with it, the temptation is to reach for a fast (and potentially wrongheaded) solution. A good strategicn leader holds steady, synthesizing information from many sources before developing a viewpoint. To get good at this, you have to:

  • Seek patterns in multiple sources of data
  • Encourage others to do the same
  • Question prevailing assumptions and test multiple hypotheses simultaneously

Decide

Many leaders fall prey to "analysis paralysis". You have to develop processes and enforce them, so that you arrive at a "good enough" position. To do that well, you have to:

  • Carefully frame the decision to get to the crux of the matter
  • Balance speed, rigor, quality and agility. Leave perfection to higher powers
  • Take a stand even with incomplete information and amid diverse views

Align

Total consensus is rare. a strategic leader must foster open dialogue, build trust and engage key stakeholders, especially when views diverge. To pull that off, you need to:

  • Understand what drives other people's agendas, including what remains hidden
  • Bring tough issues to the surface, even when it's uncomfortable
  • Assess risk tolerance and follow through to build necessary support

Learn

As your company grows, honest feedback is harder and harder  to come by. You have to do what you can to keep it coming. This is crucial because success and failure-especially failure- are valuable sources of organizational learning. Here's what you need to do:

  • Encourage and exemplify honest, rigorous debriefs to extract lessons
  • Shift course quickly if you realize you're off track
  • Celebrate both success and (well-intentioned) failures that provide insight 

Category: ,
��
4:33:00 PM | Posted in
From: http://www.indianchild.com/inspiring_stories.htm

You don't actually have to take the quiz. Just read straight through, and you'll get the point, an awesome one. .....

Take this quiz:
1. Name the five wealthiest people in the world.
2. Name the last five Heisman trophy winners.
3. Name the last five winners of the Miss America contest.
4. Name ten people who have won the Nobel or Pulitzer Prize.
5. Name the last half dozen Academy Award winners for best actor actress.
6. Name the last decade's worth of World Series winners.
How did you do?

The point is, none of us remember the headliners of yesterday. These are
no second-rate achievers. They are the best in their fields.
But the applause dies. Awards tarnish. Achievements are forgotten.
Accolades and certificates are buried with their owners.

Here's another quiz. See how you do on this one:
1. List a few teachers who aided your journey through school.
2. Name three friends who have helped you through a difficult time.
3. Name five people who have taught you something worthwhile.
4. Think of a few people who have made you feel, appreciated and special.
5. Think of five people you enjoy spending time with.
6. Name half a dozen heroes whose stories have inspired you. Easier?

The lesson: The people who make a difference in your life are not
the ones with the most credentials, the most money, or the most awards. They are the ones that care.
Pass this on to those people who have made a difference in your life

Category:
��
3:31:00 PM | Posted in

Seorang penceramah yang terkenal memulakan seminarnya dengan memegang RM50 di tangannya. Kemudian dia bertanya kepada 200 orang pendengarnya, "siapa yang mahu duit RM50 ini?" Hampir semua yang hadir mengangkat tangan mereka. Dia berkata, "saya akan berikan RM50 ini kepada salah seorang daripada anda, tetapi sebelum itu saya ingin lakukan sesuatu". Lalu dia mengoyok-ngoyokkan duit kertas itu. Kemudian dia bertanya, "siapa yang masih mahu duit ini?" Mereka masih mengangkat tangan.

 "Baiklah, bagaimana pula kalau saya buat begini?" Dia menjatuhkan duit itu ke lantai dan memijak-mijaknya dengan kasutnya. Kemudian dia mengambilnya kembali, dan kini duit itu telah konyok dan kotor. Dan dia bertanya sekali lagi, "sekarang, siapa yang masih mahukan duit ini?". Mereka masih lagi mengangkat tangan. "Kawan-kawanku, anda semua telah pelajari pengajaran yang berharga. Tak kira apa jua yang saya lakukan terhadap duit ini, anda masih mahukannya sebab nilai duit itu masih tidak berkurang. Ia masih lagi RM50" katanya.


Pengajaran: Banyak kali dalam kehidupan kita, kita terjatuh, diburuk-burukkan dan dikotorkan oleh keputusan yang kita buat dan juga keadaan yang datang kepada kita. Pada ketika itu kita merasakan kita sudah tidak bernilai atau tidak berharga lagi. Namun tak kira apa jua yang telah dan akan berlaku pada diri kita, kita tak akan hilang nilai diri kita. Kita adalah istimewa, sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan oleh Tuhan.. Maka sentiasalah bersyukur dan ingat kepadaNya.. :)
��
11:07:00 AM | Posted in

Jangan bersedih dengan apa yang anda tidak miliki..

Diambil dari: http://ustfuadosman.blogspot.com

Seorang lelaki masuk ke sebuah syarikat milik Microsoft untuk memohon kerja sebagai pengelap lantai.Setelah selesai temuduga,pegawai syarikat tersebut memberitahu kepadanya bahawa keputusan temuduga akan dihantar melalui email. Lelaki itu berterus terang mengatakan bahawa dia tidak tahu menggunakan email. Pegawai tersebut merasa pelik dan menjawab : Kalau sesiapa yang tidak memiliki email maka seolah ia tidak wujud, orang yang tidak wujud tidak layak untuk berkerja di syarikat ini.

Lelaki itu keluar dari bangunan syarikat milik Microsoft dengan perasaan hampa.Dia masukan tangannya ke dalam kocek, lalu dikeluarkan satu note USD 10. Sambil itu ia berfikir, apalah yang boleh dia lakukan dengan nilai duit USD 10. Dalam perjalanan ia lalu kawasan pasar sayuran. Ia tergerak untuk membeli sekotak tomato dengan duit yang dia ada.

Kemudian lelaki itu berhenti di suatu sudut dan mula menjual tomatonya.Nasibnya baik. Tomatonya habis dijual. Esoknya dia menggunakan modal yang ada untuk membeli dua kotak tomato. Hari bersilih ganti. Akhirnya lelaki itu menjadi saudagar ekspot import makanan dalam tempoh lima tahun.

Bila syarikatnya telah berkembang maju, ia ingin menggunakan polisi insuran bagi melindungi perniagaannya.Ia pergi ke sebuah syarikat Insuran. Setelah selesai perbincangan dengan pegawai Insuran, pegawai itu memintanya alamat email bagi memudahkan urusan. Lelaki itu mengatakan bahawa ia tidak memiliki sebarang email. Dengan rasa hairan pegawai Insuran berkata : Anda memiliki syarikat perniagaan yang besar sedangkan anda tidak memiliki kemudahan email. Cuba anda bayangkan apa akan berlaku kalau anda tahu menggunakan email?..

Lelaki itu diam sebentar kemudian ia menjawab : Mungkin saya masih menjadi pengelap lantai di salah sebuah syarikat Microsoft.

Insafilah : Jangan bersedih dengan apa yang anda tidak miliki...mungkin anda lebih berasa sedih dengan memilikinya

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,


(QS. AL HADID:23) 
��
11:52:00 AM | Posted in
diambil dari: www.iluvislam.com


Kedatangan Islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah membebaskan rakyat negara itu dari penindasan serta kezaliman. Ketika itu Sepanyol diperintah oleh Raja Roderic yang berbangsa Gothic. Dia dan orang-orangnya hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi.

Kaum wanita terutama anak-anak gadis yang cantik berasa tidak selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderic ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan dibunuh malah ada yang dibakar hidup-hidup. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di bawah pemerintahan kerajan Islam.

Panglima Julian iaitu Gabenor Ceuta, menaruh perasaan marah dan dendam kepada Raja Roderic kerana memperkosa Florida, puterinya yang cantik jelita. Bagi membalas dendam kepada raja yang zalim itu, dia berangkat ke Afrika lalu menghadap Musa bin Nusair, wakil khalifah Islam di Afrika. Julian meminta bantuan tentera Islam bagi menumbangkan pemerintahan Raja Roderic.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Musa bin Nusair segera mempersiapkan sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan. Dia melantik Tariq bin Ziyad bagi memimpin angkatan perang itu.

Dengan menaiki 12 buah kapal perang, tentera islam menuju ke benua Eropah itu. Selepas mendarat di Andalusia, Tariq bin Ziyad segera memerintahkan kapal-kapal perang yang mereka naiki dibakar. Pada mulanya, tindakan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar tentera Islam. Mereka menganggap perbuatan itu kurang siuman dan bertentangan dengan hukum Islam yang melarang merosakkan harta benda awam. Apatah lagi, kapal perang kepunyaan mereka sendiri. Mereka juga mempersoalkan bagaimana hendak pulang ke tempat asal apabila kapal yang mereka naiki sudah dibakar.

Untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq bin Ziyad segera mengumpulkan tenteranya di sebuah bukit yang kini dikenali nama Gibraltar (Jabal Tariq) lalu Tariq bin Ziyad berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini,

"Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!"


Jabal Tariq pada hari ini

Kata-kata keramat Tariq bin Ziyad itu berjaya meniupkan kambali semangat jihad di kalangan tentera Islam. Dengan semangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang tentera Raja Roderic yang berjumlah 100 ribu orang.

Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran sebaliknya. Dia menganggap mereka Andalusia demi mati syahid ataupun mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang ke tanah air.

Pada 19 Julai 711 masihi, terjadilah pertempuran antara tentera islam yang dipmpin oleh Tariq bin Ziyad dengan tentera Gothic yang dipimpin oleh Raja Roderic. Peristiwa itu berlaku berhampiran dengan sungai Barbat kerana di situlah tentera Gothic berkumpul bagi menghalang kemaraan tentera Islam. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang membakar dalam diri, mereka berjaya memberi pukulan hebat kepada musuh. Akhirnya, tentera Gothic tewas dan Raja Roderic mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Kekalahan itu amat memalukan tentera Gothic lalu mereka mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam daripada tanah air mereka. Tetapi tentera Islam bertambah kuat dengan kedatangan tentera tambahan dari Afrika yang dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair.

Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.



Al-Hambra yang bermaksud "Yang berwarna merah" merupakan kubu dan istana kerajaan Islam di Granada.

Antara faktor kejayaan gemilang tentera Islam di Andalusia kerana rakyat negara itu sememangnya sudah benci dengan pemerintahan Raja Roderic yang zalim. Oleh itu, kedatangan tentera Islam dianggap sebagai penyelamat malah ada yang sanggup bergabung dengan tentera Islam bagi memerangi tentera Gothic.

Rakyat Andalusia yang sekian lama hidup menderita di bawah kekuasaan tentera Gothic tertarik dengan dengan kebaikan perilaku tentera Islam. Seorang ahli sejarah Philip K.Hitti berkata,

"Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam."

Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Rakyat Andalusia yang sudah lama menderita akibat penindasa digantikan dengan kebaikan pemerintahan Islam.

Rakyat tidak lagi merasa tertindas dan harta mereka terpelihara. Paderi-paderi Kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana khuatir dengan tindak balas orang-orang Islam kembali semula ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan baru di bawah kekuasaan Islam yang adil.

Tariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Tetapi manusia cuma merancang, Allah yang menentukan. Ketika persiapan sedang giat dilakukan, tiba-tiba Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, dia mematuhi arahan itu. Niat mahu menakluki Eropah terpaksa dibatalkan. Tariq bin Ziyad meninggal dunia di Damsyik. Namanya tercatat dalam sejarah sebagai panglima yang menggerunkan pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderic. Hingga kini, Gibraltar atau asalnya Jabal Tariq yang bermakna Bukit Tariq masih abadi di Andalusia, Sepanyol.

Atas usahanya, kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun. Di Sepanyol beliau telah menjadi legenda sehingga digelar "Tariq El-Tuerto" yang bermaksud "Tariq bermata satu". Semoga Allah merahmatinya. Amin.
Category:
��
8:53:00 AM | Posted in ,
Dipetik daripada blog: http://pembinapahang.blogspot.com

Tuhanku,

Aku masih ingat,
saat pertama dulu aku belajar mencintai-Mu
Tarbiyyah demi tarbiyyah kuterima,
untai demi untai kalimah para ustaz kuresapi.
Tentang cinta para nabi,
tentang kasih para sahabat,
tentang muhabbah para solehin,
tentang kerinduan para syuhada...
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam,
kutumbuhkan dalam mimpi idealisme yang
mengawang di awan.

Tapi Tuhanku...

Berbilang hari demi hari
tahun demi tahun berlalu,
aku masih juga tidak menemukan
cinta tertinggi untuk-Mu,
aku makin merasakan
gelisahku memadai dalam cita yang mengawang,
sedang kakiku mengambang,
hingga aku terhempas dalam jurang dan kegelapan.

Allahu Rahiim,
Illahi Robbii...
Perkenankanlah aku
mencintai-Mu semampuku….
Dengan segala kelemahanku.

Ilaahi...

aku tak mampu mencintai-Mu
dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Mustafa
Kerana itu
izinkan aku mencintai-Mu
melalui keluh kesah pengaduanku pada-Mu,
atas derita batin dan jasadku,
atas sakit dan ketakutanku...

Ilaahii…..

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti Abu Bakar,
yang menginfakkan seluruh hartanya dijalan-Mu
dan meninggalkan hanya Engkau dan Rasul-Mu
bagi diri dan keluarganya.
Atau layaknya Umar
yang menyerahkan separuh hartanya demi jihad.
Atau Ustman
yang menyerahkan 1000 ekor kuda
untuk syiar Deen-Mu

Ilaahii...

Izinkanlah aku mencintai-Mu,
melalui kepingan kepingan yang terulur pada tangan - tangan kecil di bahu jalan,
pada mereka yang menadah tangan memohon sumbangan.
pada makanan-makanan yang terkirim ke handai taulan.

Illaahi...

Aku tak mampu mencintai-Mu
dengan khusyuknya solat sahabat nabi-Mu,
hingga tidak terasa panahan musuh terhujam di kakinya.
Kerana itu Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cinta-Mu,
dalam solat yang cuba kudirikan
dengan terbata-bata,
meski ingatan terkadang melayang
ke pelbagai permasalahan dunia...

Ilaahii...

Aku tak mampu beribadah
seperti orang-orang soleh
yang membaktikan seluruh malamnya
untuk bercinta dengan-Mu
dalam satu putaran malam.
Maka Ya Allah...
Perkenankanlah aku mencintai-Mu
melalui satu - dua rakaat solat lailku,
atau sekadar sunnah nawafilku,
dan selembar dua lembar tilawah harianku
Juga lewat lantunan ayat ayat hafalanku...

Ya Rahiim...

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti para syuhada,
yang menjual dirinya demi jihad untuk-Mu...
Maka perkenankanlah aku mencintai-Mu
dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan
untuk dakwah-Mu,
dengan sedikit pengajaran
bagi tumbuhnya generasi baru

Allah Ya Kariim...

Aku tak mampu mencintai-Mu di atas segalanya,
atas segala kelemahanku,
ampunilah daku Tuhan...

Maka dengan itu
izinkanlah aku mencintai-Mu
dengan mencintai keluargaku,
membawa mereka pada nikmatnya hidayah dalam naungan Islam,
manisnya iman dan ketabahan.
dengan mencintai sahabat-sahabatku,
mengajak mereka untuk lebih mengenal-Mu,
dengan mencintai manusia dan alam semesta

Perkenankanlah aku mencintai-Mu
semampuku, Ya Allah...

Agar cinta itu sentiasa mengalun dalam jiwaku
Agar cinta itu sentiasa mengalir di sepanjang urat nadiku
Agar cinta itu sentiasa mekar dalam lubuk sanubariku





oleh : Azimah Rahayu
dalam buku : Hari Ini Aku Makin Cantik
Category: ,
��
1:32:00 AM | Posted in
dipetik daripada: http://cas2ry.multiply.com/journal

SETIAP kali sambutan Maulidur Rasul, tiba-tiba hati kita sayu diramas rindu kepada Baginda SAW. Emosi semakin memuncak mencari-cari kenangan terindah yang ditinggalkannya.

Kalaulah kita dapat memiliki jiwa selembut Imam Malik Rahimahullah yang terus menerus mengajarkan kalimah peninggalan kekasihnya Muhammad SAW, beliau membacakan hadis Baginda kepada muridnya sambil menitiskan air mata menanggung kerinduan, membela ajarannya dengan sepenuh jiwa dan raga.

Kekuatan rindu itu mengalahkan kesakitan yang beliau deritai ketika seekor kala menyengat sebelah kakinya. Imam Malik Rahimahullah tidak berganjak daripada majlisnya dan masih meneruskan pelajaran hadis yang sedang dibaca.

Seorang anak muridnya bertanya kepada beliau, mengapa tidak memberhentikan pengajian sementara beliau mengambil ubat. Imam Malik berkata: “Apakah begitu yang disebut kerinduan kepada Rasulullah SAW?”

Betapa hebatnya pengaruh hadis Rasulullah SAW kepada hati seseorang mukmin. Apabila kita mendengar sebuah hadis dibacakan ataupun sekiranya kita adalah seorang yang sedang mengajar hadis, pernahkah kita rasai bahawa keadaan ini adalah sedekat-dekatnya kepada Baginda SAW.

Alangkah bahagianya jika kita juga memiliki jiwa seperti Muaz Jabal yang dekat dan rapat dengan Rasulullah SAW.

Beliau memiliki kulit yang sentiasa bersentuhan dengan kulit Rasulullah SAW, tangan beliau pernah dipimpin oleh Baginda, wajahnya ditumpahi kasih sayang seorang Nabi SAW.

Saat beliau diutus ke Yaman sebagai pendakwah Islam di sana, Baginda Rasulullah SAW mengusap air matanya sambil bersabda yang bermaksud: “Mengapa engkau menangis wahai Muaz? Jawab Muaz: Hamba sedih berpisah denganmu wahai Rasulullah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jangan sedih wahai Muaz, sesungguhnya kesedihan itu sebahagian daripada syaitan. Wahai Muaz, bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Iringi keburukan itu dengan kebaikan nescaya keburukan itu dihapus oleh kebaikan dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Betapa beruntungnya memiliki ketaatan kepada Rasulullah SAW seperti taatnya sahabat, Hakim Hizam. Beliau adalah seorang yang baru memeluk Islam, hidup pada zaman Islam memperoleh kekayaan yang melimpah kerana ghanimah yang didapati dalam peperangan.

Suatu hari selepas perang Hunain, Hakim menghadap Rasulullah SAW untuk meminta harta rampasan perang.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, berilah aku sesuatu!” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu melihat seluruh kambing yang berada di lembah itu? Sesungguhnya itu semua adalah milik kamu.

Kemudian dia datang lagi dan meminta kepada Baginda untuk kali kedua. Rasulullah SAW memberinya 100 ekor unta. Hingga kali ketiga dia datang dan meminta. Rasulullah SAW juga memberinya 100 ekor unta lagi. Tidak puas dengan pemberian itu, Hakim mencuba meminta kepada Baginda SAW sekali lagi. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini umpama rerumputan yang hijau, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.”

Hakim berasa malu dan berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, demi Allah aku tidak akan meminta lagi kepada sesiapapun selepas ini dan aku tidak akan menerima pemberian sesiapa lagi.”

Janji dan ketaatan Hakim kepada Rasulullah SAW tetap digenggam hingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak pernah meminta dan tidak mahu menerima pemberian orang selepas kejadian itu.

Begitulah kehebatan didikan Rasul yang hanya meninggalkan ilmu dan agama kepada umatnya. Walaupun harta dan dunia berada di tangannya, musuh menyerah diri di bawah kekuasaannya.

Namun begitu, Baginda makan di atas tanah bersama hamba. Menangis pada malam yang gelap ketika mendengar seorang wanita tua membaca ayat mengenai hari kiamat. Baginda amat menyukai sujud, meletakkan wajah di atas tanah kerana mahukan Allah Taala sentiasa berada dekat bersamanya.

Hati siapa tidak terbius oleh sirahnya yang harum, mengingati keistimewaan peribadi seorang insan bernama Muhammad SAW. Tidak kira hati itu milik siapa, mukmin atau munafikin bahkan kafir laknatullah juga tersentuh oleh keagungan Baginda SAW.

Seorang orientalis terkenal, Goldzhiher menyatakan: “Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga Nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru.

Kemudian selepas 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.”

Ketika ini, masih adakah kebanggaan yang tersisa sebagai umat Muhammad SAW, jika anak kita malu berimejkan Islam dan belajar sembahyang. Agama dipisahkan daripada kehidupan dunia.

Kita semakin asyik melayan kehendak diri tanpa menimbang inikah jalan yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Sementara orang mengaku kuat beragama pula tertipu oleh ilmunya dan menjauhkan diri daripada perjuangan sebenar membela Islam.

Cukupkah cinta ini tanpa berbuat sesuatu yang membuktikan ia adalah cinta sebenar? Betapa pentingnya pembuktian kerana cinta ini bukan khayalan semata-mata.

Abu Musa al-Asy’ari berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seseorang akan bersama dengan yang dikasihinya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat lain Nabi SAW ditanya: Bagaimana jika seseorang kasih kepada satu kaum tetapi tidak berkumpul bersama mereka? Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Seseorang akan berkumpul dengan kekasihnya di akhirat.”

Wahai Rasulullah SAW, layakkah hamba berdampingan denganmu? Soalan sebegini sepatutnya sering berlegar di ruang minda kita setiap masa.

Jangan ditunggu sekali setahun untuk menyatakan kasih kepada Baginda SAW. Takut terlepas pula sayang Rasulullah SAW kepada kita.

Sungguh beruntung Sawwad Ghazwah yang ketika nyawanya hendak berceraidaripada badan pada peperangan Badar, Rasulullah SAW datang memeluk tubuhnya.

Sungguh tiada kenikmatan yang melebihi nikmatnya bersentuhan dengan Rasulullah SAW. Tiada ubat penawar yang dapat menyembuhkan selain usapan tangan Baginda SAW ke atas luka yang menganga.

Rasulullah SAW memujuk: “Mengapa kamu menangis wahai Sawwad? Tiada kalimah lain yang paling bermakna untuk menyatakan cinta sejati kepada Muhammad SAW selain jawapan: “Wahai Rasulullah, sudah datang apa yang engkau lihat, kerana itu aku ingin menyentuh kulitmu dengan kulitku sebagai akhir perjanjian denganmu.”

Sebuah janji kepada Rasulullah SAW untuk sehidup dan semati tetap mencintai. Alangkah bahagianya hidup ini seandainya kita memiliki impian seperti seorang yang bernama Sawwad. Sebagai muslim sejati, kita perlu mencontohi peribadi Nabi Muhammad SAW.
Petikan daripada : Berita Harian
Sekadar renungan bersama.. waLlahu a`lam..
Category:
��
2:44:00 AM | Posted in
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama..... =D

Category:
��
12:08:00 AM | Posted in

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (kaaffah), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqaah: 208)


Dalam Tafseer Jalalain, kaaffah dalam ayat di atas merujuk kepada keadaan keIslaman yang perlu diamalkan iaitu keseluruhan syariatnya. Dengan ini kita jelas, seruan Allah adalah untuk orang-orang yang beriman untuk mengamalkan segenap syariatnya dan tidak menceduk-ceduk atau mengambil sebahagiannya sahaja. Seruan ini memerlukan tadabur yang mendalam kerana walaupun seseorang itu telah beriman, kecenderungan untuk tidak mengikuti keseluruhan Islam itu tetap ada dan lantaran itulah seruan Allah dijelaskan dalam ayat ini.

Apabila kita memerhati konsep keseluruhan, ia tidak dapat lari dari konsep sistem atau nizoom. Hatta dalam memperkatakan tentang Islam, ia sering dikaitkan dengan nizoom-ul-hayaah (sistem kehidupan). Islam bukan sekadar ritual ibadah yang sekadar ke masjeed atau membaca Yasin ketika nazak. Islam mencakup semua perkara dengan komponen di dalamnya yang saling berkait. Kumpulan komponen yang saling terkait inilah yang dinamakan sistem.

Pemahaman sistem ini amat penting kerana arus kebangkitan dunia kini menuju ke arah satu perubahan baru yang amat cepat dan berbeza. Jika Gelombang Pertama dikaitkan dengan Era Pertanian, Gelombang Kedua dikaitkan dengan Era Perindustrian dan Gelombang Ketiga dikaitkan dengan Era Tekonologi Maklumat - sebagaimana dinyatakan oleh pakar penganalisis masa depan, Alvin Toffler- Gelombang atau Arus Keempat yang sedang bergerak ke arah masyarakat dunia ialah Era Bioteknologi dan Pemikiran Sistemik. Mengapa terjadi sedemikian?


Tidak lain tidak bukan kerana budaya dan perspektif masyarakat di dunia sedang dan akan berubah dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekitar seperti Peristiwa 11 September, peperangan, kajian Human Genom Project dan banyak lagi hal yang memerlukan pemahaman secara keseluruhan atau sistem pada perkara yang berlaku.

Atas dasar itu, Pemikiran Sistemik menjadi maudhuk atau topik tulisan saya lantaran hal ini amat penting bagi memastikan pemikiran dan psikologi kita bersedia menerima zaman baru tersebut.Lebih penting dari itu, Pemikiran Sistemik adalah manifestasi pemahaman idea Islam secara kaaffah dan syumul yang perlu dijana oleh umat Islam kini.

Sememangnya Islam telah syumul. Tapi, jika akal yang menanggapi Islam itu tidak kaaffah atau syumul, ia akan mewujudkan masalah dalam masyarakat kita sehingga hilang pedoman memahami apa yang berlaku dan gagal mengamalkan ajaran yang diletakkan oleh Allah dalam al-Quran dan Sunnah secara efisien.

Jika di Barat, Pemikiran Sistemik ini lebih dikenali dengan Systems Thinking atau Systemic Thinking. Antara pengarag yang terkenal yang mula memperkenalkan idea ini semula ialah Peter M Senge dalam bukunya The Fifth Discipline. Namun, disebabkan sumber bukan berasal dari orang Islam, bahasannya hanyalah sekadar dalam bab sosial dan pengurusan tanpa mampu mengetengahkan idea yang benar-benar lengkap dalam Islam. Walau bagaimananapun, jika diperhatikan isi kandungannya, secara tidak langsung ia akan mengetengahkan satu sistem nilai yang sebenarnya dipunyai oleh Islam dan perlu kita amalkan dengan yakin dan teguh. Sememangnya 'hikmah itu adalah barangan yang hilang dari orang Islam. Sesiapa yang menjumpainya , maka ia lebih berhak ke atasnya'.

Beberapa fenomena sedang dan akan terjadi dalam dunia sekarang mengiakan kedatangan Arus Dunia Keempat. Antaranya:


Masyarakat mencari agama dan nilai spiritual
Penggunaan akan digantikan dengan bertambahnya aspek GAIA
Materialisme dan saintisme akan jatuh
Institusi akan menuju ke arah sahutan servis global
Kekayaan akan diberi definisi semula, terutama dalam sistem akaun
Sempadan yang tidak ketara akan muncul di antara dunia korporat dan kehidupan persendirian
Servis tanpa kepentingan bukan sekadar menjadi retorik dalam agama, tetapi akan muncul sebagai paradigma kepada manusia biasa
Agama akan 'menyaingi' sains


Daripada beberapa ciri di atas, masyarakat sebenarnya menuju ke arah satu gaya hidup yang syumul dan sistemik. Perlu dijelaskan, sistemik dan sistematik adalah dua istilah yang berbeza. Sistemik adalah kaedah memandang sesuatu secara keseluruhan manakala sistematik adalah kaedah memandang sesuatu secara berturutan atau berdikir-dikit. Definisi ini perlu jelas kerana trend pemikiran manusia kini ialah sistematik dan kurang kepada sistemik. Manakala di zaman awal manusia, terutama ketika kegemilangan Islam di zaman Rasulullah dan sahabat, mereka lebih ke arah perspektif sistemik atau secara keseluruhan. Itulah sebabnya, mereka mampu mengamalkan Islam secara kaaffah kerana beberapa ciri yang mereka amalkan menunjukkan pemahaman idea sistem dalam hidup mereka, walaupun tidaklah secara formal.

Pemikiran atau pendekatan sistematik dalam kehidupan adalah bagus kerana ia melibatkan analisis atau kajian dalam hidup kita. Manusia memang mampu menganalisis kerana ia melibatkan pemahaman hal di sekitar dalam bentuk juz'iyyat (terbahagi-bahagi). Namun, pendekatan sistematik yang berkaitan dengan analisis ini perlu dikembangkan dengan sintesis yang wujud dalam pemikiran sistemik. Betapa ramai di kalangan kita yang mampu menghargai keindahan pelangi tanpa memandangnya secara keseluruhan? Betapa ramai yang hanya menganalisa warna pelangi secara juz'iyyat dan akan terserlah warna pelangi hanya dengan memerhati warna birunya sahaja? Tentu tidak mungkin. Yang menjadikan kita dapat menghargai pelangi dan refleks kepada kebesaran Allah adalah disebabkan selepas kita menganalisa warna yang pelbagai tersebut, ia perlu disintesiskan atau digabungkan untuk mendapat perspektif atau pandangan secara keseluruhan. Itulah sistemik!

Jika dalam kehidupan kita, banyak hal dapat dirasakan 'manisnya' kerana kita memandang secara keseluruhan, mengapa masih ramai lagi yang mahu berfikiran sistematik tanpa meneruskannya dengan pandangan sistemik? Bukankah itu lebih baik?

Sudah tentu kita mahu berfikiran sistemik tetapi ramai yang tidak perasan atau tidak mahu mengamalkannya kerana pemikiran sistemik memerlukan akal yang saleem untuk menggabungkan banyak perkara untuk proses sintesis atau penggabungan. Analisis mungkin sekadar memerlukan kerja selama 1 jam, tetapi sintesis mungkin melibatkan kerja 2 jam untuk mengkaji dan membuat kesimpulan. Inilah salah satu sebab pemikiran sistemik tidak dominan, padahal ia memberi kesan yang amat besar.

Di kalangan umat Islam, pemikiran sistemik ini mungkin kurang kerana kita sering terpengaruh dengan kaedah berfikir secara konvensional tanpa terperasan roh Islam itu adalah dalam bentuk sistem dan bukan terpecah-pecah. Jika tidak, pasti Allah tidak perlu mengingatkan hamba-Nya yang beriman betapa penting untuk masuk ke dalam Islam itu secara kaaffah.

Dengan itu, jelaslah pada kita, Pemikiran Sistemik bukanlah sekadar bahan tulisan retorik tetapi bersangkut paut seruan untuk kita sama-sama mendalami ciri-cir pemikiran dalam diri manusia yang punya banyak kekuatan dan kelemahan. Setelah mengetahui ciri-ciri akal, kita perlu mendalami apakah sunnatullah pada sistem kita di sekeliling dan sistem tubuh badan kita sehingga kita mampu berinteraksi dengan komponen lain dengan efisien lantas memaksimumkan potensi yang Allah berikan. Hanya kita di kalangan jin dan manusia sahaja yang tidak benar-benar patuh pada Allah kerana ketaatan kita pada-Nya adalah dengan pilihan padahal makhluk lain telah menyerah diri pada-Nya tanpa pilihan (karhan). Bagi memastikan sistem alam ini stabil di dunia dan akhirat, perlulah kita mengikut sunnatullah atau kita akan terseksa kerana tidak mengikuti-Nya. Allah berfirman:

"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka (tau'an) maupun terpaksa (karhan) dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan."(Ali Imran:83)

(Artikel tulisan kolumnis Fazrul Ismail, di Majalah i Disember 2003 terbitan Karangkraf)
��
11:16:00 PM | Posted in
Fakta-fakta Menarik Siapa Yahudi dan Dunia Islam

  1. Albert Einstein – saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah TIME sebagai “manusia abad ini”
  2. Sigmond Freud – melalui teori id, ego dan super-ego, bapa psikoanalisis
  3. Benjamin Rubin – memperkenalkan jarum suntikan pelalian
  4. Johas Salk – mereka vaksin polio yang pertama
  5. Gertrude Elion – mencipta ubat melawan leukemia
  6. Baruch Blumberg – mencipta vaksin Hepatitis B
  7. Paul Ehrlich – menemukan rawatan untuk siflis
  8. Elie Metchnikoff – pemenang hadiah nobel untuk penyakit berjangkit
  9. Bernard Katz – pemenang hadiah nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuscular
  10. Andrew Schally – penerima hadiah Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis)
  11. Aaron Beck – menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia)
  12. Gregory Pincus – membangunkan pil perancang keluarga yang pertama
  13. George Wald – menenag Nobel bagi kajian mata manusia
  14. Standley Cohen – menang hadiah Nobel dalam kajian embryology (kajian janin dan perkembangannya)
  15. Willem Kolff – mencipta mesin dialisis (mencuci buah pinggang)
  16. Stanley Mezor – mencipta mikrocip pertama
  17. Leo Szilards – membangunkan reaktor rangkaian nuclear pertama
  18. Peter Schultz – mencipta kable gentian optic
  19. Charles Adler – mencipta lampu isyarat
  20. Benno Straus – besi tahan karat – stainless steel
  21. Isador Kisse – sistem suara di pawagam
  22. Emile Berliner – mikrofon untuk telefon
  23. Charles Ginsburg – alat pita rakaman
  24. Ralph Lauren – POLO
  25. Levis Strauss – Levis Jeans
  26. Howard Schultz – Starbuck’s
  27. Sergey Brian – Google
  28. Michael Dell – Dell Computers
  29. Larry Ellison – Oracle
  30. Donna Karan – DKNY
  31. Irv Robinson – Baskin & Robbins
  32. Bill Rosenberg – Dunkin Donuts
  33. Richard Levin – Presiden Universiti Yale
  34. David Marshal - bekas Ketua Menteri pertama Singapura
  35. Wolf Blitzer – CNN
  36. Barbara Walters – ABC News
  37. Eugene Meyer – Washington Post
  38. Henry Grunwald – Ketua Editor TIME
  39. Katherine Graham – penerbit The Washington Post
  40. Joseph Lelyyeld – Editor Eksekutiff The New York Times
  41. Max Frankel – The New York Times
  42. Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woodey Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis, Peter Falk – pelakon Hollywood
  43. Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1,2,3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman , Douglas Fairbanks, Ivan Reitman (Ghostbuster) – pengarah-pengarah Hollywood
  44. William James – dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik
  45. di Washington USA mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan membuat apa saja demi Israel.
  46. Hanya ada 14 juta Yahudi dimuka bumi ini. 7juta di Amerika, 5juta di Asia, 2juta di Eropah, 100,000 di Afrika.
  47. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100) manakala Muslim dianggarkan 1,476,233,470 di atas muka bumi. 1 bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah, 6 juta di Amerika.
  48. Setiap lima insane manusia adalah Muslim
  49. setiap seorang Hindu ada 2 orang Muslim
  50. Setiap seorang Buddha ada 2 orang Muslim
  51. setiap seorang Yahudi ada beratus Muslim
  52. terdapat 57 negara anggota OIC didalam nya ada 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap 3 juta orang Islam. Dan tiada sat upon universiti Negara Islam yang berada di puncak 500 ‘Kedudukan Akademik Universiti-Universiti Dunia)
  53. Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di Negara maju ialah hamper 90% dan 15 negara itu mempunyai 100% celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40% dan tiada Negara yang mempunyai 100% semuanya celik huruf
  54. Sekitar 98% penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurangnya sekolah rendah, sementara hanya 50% di negara majoriti Islam. Sekitar 40% penduduk di negara maju memasuki universiti sementara hanya 2% di negara majority Islam.
  55. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4000 per sejuta, Jepun 5000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35000 dan hanya 50 juruteknik persejuta berbanding negara maju 1000 juruteknik persejuta.
  56. Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk tujuan R&R sebaliknya negara maju membelanjakan 5% daripada KDNK.
  57. jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara OIC ialah di bawah AS$ 2 trilion. Amerika sahaja menghasilkan barang dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8trilion, Jepun AS$3.8 trilion, Jerman AS$2.4 trilion.
  58. Pengeluar minyak yang kaya Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak),bernilai AS$500 bilion, Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan benilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$ 489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Isu-isu:

a) Mengapa Yahudi terlalu berkuasa?

Jawapannya: kerana pendidikan, pelajaran, ilmu

b) Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Jawapannya: dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan

Kesimpulan: Umat Islam kurangnya ilmu, kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


P/S: Sama-sama kita renungkan dan ambil i`tibar..

Daripada: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html)

10:58:00 PM | Posted in

Dipetik dari bl0g
http://azharazian.blogspot.com

  • The Majority of Muslims do not live in the middle East. The most populous muslim country is Indonesia, the 4th largest country in the world with 184 million muslims. There are more muslims in India than the combined population of Syria, Iraq, Jordan, Palestine and the whole of the Arabian Peninsula.
  • The following English words are borrowed from Arabic: Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony. And even 'alchohol' derives from Arabic : al-kuhl meaning powder. These are just a few mentioned here.
  • The first treatise on smallpox and measles was written by Abu Bakr alrazi (c.864-925,known to Europe as Rhazes). (Due to this) Inoculation agianst smallpox became a common practise in muslim lands. Despite this , Scientific text book credit the invention of a smallpox vaccine to Edward Jenner.(1749-1823).
  • Early Oxbridge students studied books written by muslims on mathematics, medicine, chemistry, optics and astronomy.
  • Adelard of Bath (a city in the UK) was a leading scholar of the middle ages. what made him famous was translating the word of muslim scientists from Arabic to Latin!
  • The 1860 city records of Cardiff (UK) show a masjid in operation in a converted building at 2 Glynrhondda St. Yemani sea men on their trips between Aden (in Yemen) and Cardiff founded this masjid.
  • The first purpose built masjid is claimed to be in Woking (South of England) with money provided by the ruler of Bhopal, in India (the Shah Jehan masjid was built in 1889).
  • The Islamic calender is based on the phases of the moon, with it being approximately 11 days shorter than the 365 days of the year in the Julien calender. Hence, the dates of our festivals move through the year.
  • The grand doors of our prophets (salAllahu alayhi wasalam) masjid in Medina weigh 2 and half tonnes each! Enormous quantities of "sag wood" was gathered from all over the world and shipped to the united kingdom to be dryed in computerised furnaces (the traditional drying process would have taken many years!). Even then , it took 5 months to dry the wood! the wood was then shipped to Barcelona (Spain), Where the main body of the doors where made. And finally the French even paid their little part, as the brass ornamentation was carried out in the city of Roi (France). Next time you visit the holy masjid, keep this entirely in mind!
  • It was only in 1932 the Kiswah (cloth of the Ka'bah) was wholly made by Saudis (citizens of Saudi Arabia).
  • The roof top of our Prophet's (SalAllahu alayhi wasalam) masjid in Madina is designed to be strong enough to carry addtional floors in the future.
  • Some verses in the Koran refer to man being equal to woman. Mathematically, the number of times the word "man" appears in the Koran is 24. The number of times the word "woman" appears in the Koran is also 24.
10:46:00 PM | Posted in
Dipetik dari bl0g http://achiksolehah.wordpress.com/ . Selamat Membaca =)
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan,” jawab Fikri.
***
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
[QS al-Taubah 9:24]
��
1:46:00 AM | Posted in

Rasul dan suri tauladan kita, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling banyak beristigfar dan bertaubat padahal beliau adalah orang yang telah diampuni dosa yang telah lalu dan akan datang. Sebagaimana hal ini terdapat pada firman Allah,

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا (1) لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata , supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan ni’mat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus.” (Qs. Al Fath: 1-2)


Dalam kitab shohih, dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلاَهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ . يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terbiasa shalat sehingga kakinya pecah-pecah. Kemudian aku mengatakan kepada beliau, ‘Wahai rasulullah, kenapa engkau melakukan hal ini padahal engkau telah diampuni dosa yang telah lalu dan akan datang.’ Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, ‘Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.’” (HR. Muslim no. 7304)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, “Inilah kekhususan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang seorang pun tidak ada yang menyamainya. Tidak ada dalam satu hadits shohih pun yang menceritakan tentang balasan amalan kepada selain beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menyatakan bahwa dosanya yang telah lalu dan akan datang akan diampuni. Inilah yang menunjukkan kemuliaan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam segala perkara ketaatan, kebaikan dan keistiqomahan yang tidak didapati oleh manusia selain beliau, baik dari orang yang terdahulu maupun orang yang belakangan. Beliaulah manusia yang paling sempurna secara mutlak dan beliaulah pemimpin (sayid) seluruh manusia di dunia dan akhirat.”

Walaupun dosa-dosa beliau telah diampuni, namun beliau shallalahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling banyak beristigfar di setiap waktu. Para sahabat telah menghitung dalam setiap majelisnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terlihat paling banyak beristigfar.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّى أَتُوبُ فِى الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ

“Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim)

Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu berkata,

كَانَ فِى لِسَانِى ذَرَبٌ عَلَى أَهْلِى لَمْ أَعْدُهُ إِلَى غَيْرِهِ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-

“Dulu lisanku biasa berbuat keji kepada keluargaku. Namun, aku tidaklah menganiaya yang lainnya. Kemudian aku menceritakan hal ini kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَيْنَ أَنْتَ مِنَ الاِسْتِغْفَارِ يَا حُذَيْفَةُ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ كُلَّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

“Mana istigfarmu, wahai Hudzaifah? Sesungguhnya aku selalu beristigfar kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali dan aku juga bertaubat kepada-Nya.” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sabda Nabi ‘…إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ’ adalah shohih lighoirihi yaitu shohih namun dilihat dari jalur lainnya yang lebih kuat atau semisal dengannya. Sedangkan sanad hadits ini dho’if)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

مَا أَصْبَحْتُ غَدَاةً قَطٌّ إِلاَّ اِسْتَغْفَرْتُ اللهَ مِائَةَ مَرَّةٍ

“Tidaklah aku berada di pagi hari (antara terbit fajar hingga terbit matahari) kecuali aku beristigfar pada Allah sebanyak 100 kali.” (HR. An Nasa’i. Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani di Silsilah Ash Shohihah no. 1600)

Dari Ibnu Umar, beliau mengatakan bahwa jika kami menghitung dzikir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam satu majelis, beliau mengucapkan,

رَبِّ اغْفِرْ لِى وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

‘Robbigfirliy wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rohim’ [Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang] sebanyak 100 kali. (HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 556)

Dan bacaan istighfar yang paling sempurna adalah penghulu istighfar (sayyidul istighfar) sebagaimana yang terdapat dalam shohih Al Bukhari dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Penghulu istighfar adalah apabila engkau mengucapkan,

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Allahumma anta robbi laa ilaha illa anta, kholaqtani wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu, abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi dzanbi, faghfirliy fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta [Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Rabb yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau].” (HR. Bukhari no. 6306)

Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan dari lanjutan hadits di atas,

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ »

“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu sore, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni surga.”

Hadits sayyidul istigfar ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam hadits ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat butuh kepada Allah. Sehingga bacaan dzikir ini melebihi bacaan istigfar lainnya karena keutamaan yang dimilikinya. –Semoga kita termasuk orang yang selalu merutinkannya di setiap pagi dan sore-

Bacaan istigfar lainnya adalah sebagaimana terdapat dalam shohih Bukhari dari istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha. Aisyah berkata bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (ketika menjelang kematiannya) sedang bersandar padanya. Lalu beliau mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَارْحَمْنِى وَأَلْحِقْنِى بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى

“Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang sholih.” (HR. Bukhari no. 5674. Lihat Al Muntaqho Syar Al Muwatho’)

Jadi lihatlah kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang setiap waktunya selalu diisi dengan istighfar bahkan sampai akhir hayat hidupnya pun beliau tidak lepas dari amalan tersebut. Sebagaimana beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam selalu mengakhiri amalan-amalan sholihnya seperti shalat, haji, shalat malam dengan istigfar, beliau juga mengakhiri hidupnya dengan istigfar.

Saudaraku… Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam saja yang sudah dijamin dosanya yang telah lalu dan akan datang akan diampuni, bagaimana lagi dengan kita yang tidak dijamin seperti itu[?] Sungguh, kita sebenarnya yang lebih pantas untuk bertaubat dan beristighfar setiap saat karena dosa kita yang begitu banyak dan tidak pernah bosan-bosannya kita lakukan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,

يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian berbuat dosa di waktu siang dan malam, dan Aku mengampuni dosa-dosa itu semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku, pasti Aku mengampuni kalian.” (HR. Muslim no. 6737)

Semoga Allah mengaruniakan kita untuk selalu mengikuti jejak beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam. Semoga Allah memberikan kepada kita akhir hidup yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengabulkan do’a.

Category:
��