Menegakkan Agama dan Mentadbir Dunia dengannya

3:31:00 PM | Posted in

Seorang penceramah yang terkenal memulakan seminarnya dengan memegang RM50 di tangannya. Kemudian dia bertanya kepada 200 orang pendengarnya, "siapa yang mahu duit RM50 ini?" Hampir semua yang hadir mengangkat tangan mereka. Dia berkata, "saya akan berikan RM50 ini kepada salah seorang daripada anda, tetapi sebelum itu saya ingin lakukan sesuatu". Lalu dia mengoyok-ngoyokkan duit kertas itu. Kemudian dia bertanya, "siapa yang masih mahu duit ini?" Mereka masih mengangkat tangan.

 "Baiklah, bagaimana pula kalau saya buat begini?" Dia menjatuhkan duit itu ke lantai dan memijak-mijaknya dengan kasutnya. Kemudian dia mengambilnya kembali, dan kini duit itu telah konyok dan kotor. Dan dia bertanya sekali lagi, "sekarang, siapa yang masih mahukan duit ini?". Mereka masih lagi mengangkat tangan. "Kawan-kawanku, anda semua telah pelajari pengajaran yang berharga. Tak kira apa jua yang saya lakukan terhadap duit ini, anda masih mahukannya sebab nilai duit itu masih tidak berkurang. Ia masih lagi RM50" katanya.


Pengajaran: Banyak kali dalam kehidupan kita, kita terjatuh, diburuk-burukkan dan dikotorkan oleh keputusan yang kita buat dan juga keadaan yang datang kepada kita. Pada ketika itu kita merasakan kita sudah tidak bernilai atau tidak berharga lagi. Namun tak kira apa jua yang telah dan akan berlaku pada diri kita, kita tak akan hilang nilai diri kita. Kita adalah istimewa, sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan oleh Tuhan.. Maka sentiasalah bersyukur dan ingat kepadaNya.. :)
��

Comments

0 responses to "RM50.."