Menegakkan Agama dan Mentadbir Dunia dengannya


5:35:00 PM | Posted in
Salam.

Pada 12 Mac saya berkesempatan untuk pergi ke sekolah tercinta, smap kajang untuk mengambil keputusan spm.
Alhamdulillah, ok r keputusannya.


Walau apa pun, buat sahabat-sahabat seperjuangan, semoga result yg kita terima merupakan keputusan yg terbaik untuk diri kita daripada Allah.


Teringat pula masa belajar BI thn lepas , puisi bertajuk "If" oleh Rudyard Kipling (Madam Zuraidah-dak2 set 3 mesti xkan lupa. Hehe), ada beberapa bait yg sesuai untuk disebut di sini:


"If you can meet with triumph and disaster

And treat those two imposters just the same"


Bagi orang-orang yg berjaya, GAGAL=PUTUS ASA.

So, selagi tidak berputus asa walaupun tidak mendapat keputusan yg terbaik/ cemerlang dalam spm, mereka bukanlah seorang yg gagal.

Kerana mereka yakin bahawa, di hadapan mereka tetap ada peluang yg menanti, tetap ada kejayaan untuk digapai dan tetap ada kegembiraan untuk dikecapi.


Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang berima n bertawakkal "
[Surah At-Taubah, ayat 51]

Maksudnya, segala-galanya yg berlaku atas diri kita, telah pun ditetapkan oleh ALlah swt.
Namun begitu, tiadalah kita mengetahui akan apa yg telah ditaqdirkan oleh Allah kepada kita.
Sebab itulah kita diseru untuk berusaha dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri" [Surah Ar-Ra`d, ayat 13
]

Lantaran itulah, mereka yg benar-benar beriman kepada Allah, akan terus berusaha, berdoa dan bertawakkal (serta beristiqamah) dalam kehidupannya, dan tidak akan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah.

Firman Allah:
"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kafir" [Surah Yusuf, ayat 87]

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, mari kita teruskan perjuangan kita untuk belajar, dan mencari redhaNya..
Rindu pulak bila teringat memorabilia bersama antum semua di smapk. (kang kalau nak cerita x cukup satu page blog ni..) Love You All! Kepada cikgu-cikgu, you are the best! Terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami. Semoga dirahmati dan diredhai Allah.

Rasanya cukup dulu setakat ni.. Sekian.



Category:
��
9:10:00 PM | Posted in

Salam.

This is my first post for this blog.

Well, I hope that this will be a kick start for me to keep posting,

post2 yg menarik & bermanfaat.

Segala kritikan membina dan idea-idea daripada pembaca sekalian amatlah dialu-alukan dan dihargai..

And tak lupa, thanks gak kepada sahabat yg tolong pilihkan template ni (hehe).

Hidup dalam dunia yg serba moden ini,

kita sangat memerlukan ilmu pengetahuan yg tinggi,

dan yg paling penting sekali bagi seorang muslim,

IMAN & TAQWA.

Semoga kita semua ditempatkan dalam golongan hambaNya yg beriman dan bertaqwa,

serta mendapat hidayah dan keredhaanNya dlm hidup.

Sekian dulu di sini..

Berceloteh panjang lain kali..


13 March 2009

Category:
��