Menegakkan Agama dan Mentadbir Dunia dengannya


5:42:00 PM | Posted in

Seseorang itu boleh dianggap pemimpin pendapat (opinion leader) jika pendapat-pendapatnya diterima oleh ahli kumpulannya. Dua orang pakar psikologi, Katz dan Lazarsfeld yang telah memperkenalkan istilah ini pada tahun 1955 telah membuat kajian tentang kesan media massa ke atas sikap dan tingkah laku orang yang membaca akhbar, mendengar radio dan menonton televisyen.

Dalam kajian tersebut, mereka menyiarkan mesej melalui media tersebut, lalu mengukur apakah kesan mesej tersebut kepada mereka yang menerimanya. Keputusannya, tiada perubahan. Namun begitu, beberapa minggu kemudian, mereka ukur semula sikap penerima-penerima mesej tersebut dan kali ini didapati sikap mereka berubah.

Hal ini menyebabkan Katz dan Lazarfeld percaya bahawa mereka berubah selepas mereka bercakap-cakap dengan orang yang mereka percayai tentang mesej itu, dan merekalah yang disebut sebagai "pemimpin pendapat".

Ada dua kelompok pemimpin pendapat berdasarkan aktif dan tidaknya dalam perilaku.

Pertama, pemimpin pendapat aktif (opinion giving), yaitu pemimpin pendapat yang sengaja mencari penerima atau follower untuk mengumumkan atau mensosialisasikan suatu informasi.

Kedua pemimpin pendapat pasif (opinion seeking), yaitu pemimpin pendapat yang dicari oleh followernya. Dalam hal ini follower aktif mencari sumber informasi kepada pemimpin pendapat sehubungan dengan permasalahan yang sedang dihadapi.

Merton (1946) menyatakan bahwa ditinjau dari penguasaan materinya, pemimpin pendapat dapat digolongkan menjadi menjadi dua. Pertama monomorfik, yaitu pemimpin pendapat yang hanya menguasai satu permasalahan saja. Kedua, polimorfik yaitu pemimpin pendapat yang menguasai lebih dari satu permasalah.

Ini antara ciri-ciri pemimpin pendapat:

1. Berfungsi sebagai model atau teladan kepada ahli kumpulan mereka.

2. Mempunyai pengetahuan yang lebih banyak daripada ahli kumpulannya, lantas mereka dijadikan tempat rujukan.

3. Lebih tahu mengenai maklumat yang disiarkan melalui media massa, terutamanya dalam bidang yang mereka mempunyai pengaruh.

4. Lebih banyak bercakap dengan ramai orang dan kenal lebih ramai orang.

5. Lebih banyak membaca, mendengar dan lebih banyak maklumat.

6. Menjadi anggota banyak kumpulan, walaupun mungkin hanya menjadi pemimpin pendapat bagi satu kupulan sahaja.

7.Lazimnya memiliki pendidikan formal yang lebih tinggi.

8.Berbeza-beza dalam bidang-bidang yang berlainan [cthnya pempimpin pendapat politik tidak menjadi pemimpin pendapat ekonomi, sukan dsb].

9.Pemimpin pendapat dalam bidang fesyen, muzik dan perfileman dianggap ada maklumat, perhubungan dan intuisi dan pengetahuan yang membolehkan mereka membuat ramalan berkenaan trend yang akan datang, serta mereka mempunyai pengaruh terhadap pengikut mereka.

Rujukan:

1.Komunikasi untuk Pemimpin, Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Ulang Cetak 1999

2.http://adiprakosa.blogspot.com/2008/01/peranan-pemimpin-pendapat-dalam-sistem.html

8th May 2009

Category:
��

Comments

0 responses to "Opinion Leader"