“Islamic Resistance guerrillas are reckoned to be amongst the most dedicated, motivated and highly trained of their kind,”
Jane’s World Insurgency & Terrorism
Fakta yang tidak boleh dinafikan lewat peperangan yang dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas Lubnan ialah kegagalan pihak Zionis untuk mencapai kemenangan di dalam peperangan tersebut. 30,000 tentera Zionis (IDF) yang dihantarkan ke selatan Lubnan ternyata gagal untuk mencapai dua matlamat utama mereka, yang pertamanya untuk membebaskan dua tentera mereka yang ditawan dan yang keduanya untuk menghapuskan Hizbullah dari bumi Lubnan. Dilengkapi dengan segala persenjataan terkini dan tercanggih, mereka gagal untuk menewaskan para pejuang Hizbullah yang dilaporkan berjumlah di antara 2,000 sehingga 3,000 orang sahaja. Kegagalan rejim Zionis ini merupakan sesuatu yang diiktiraf umum, hatta oleh rakyat Zionis juga. Sudut yang menarik dari peristiwa yang berlaku ini ialah apakah rahsia kekuatan Hizbullah.
Peperangan Gerila
Di dalam hal ini, laman web islamonline.net telah turun padang untuk menyingkapinya. Wartawan-wartawan mereka yang telah ditugaskan ke Lubnan untuk bertemu sendiri dengan para pejuang Hizbullah telah berjaya mencungkil sedikit sebanyak rahsia kekuatan Hizbullah. Kajian-kajian oleh para ahli akademik dan penganailisis politik timur tengah juga banyak yang telah berupaya mencantumkan cebisan-cebisan maklumat berkaitan perkara ini. Beberapa badan agensi berita antarabangsa juga telah dapat mewawancara beberapa pemimpin Hizbullah untuk tujuan yang sama. Pendekata, kejayaan Hizbullah di dalam peperangan yang berlangsung lebih sebulan ini telah membuka mata ramai pihak dan memberikan semangat kepada beberapa pihak yang lain.
Reuters di dalam wawancaranya bersama Timur Goksel pada 2 Ogos 2000 telah membawa beberapa dimensi yang menarik. Sebagai mantan pegawai pengaman PBB di selatan Lubnan sehingga tahun 2003, Goskel mempunyai banyak pengalaman dan kajian mengenai Hizbullah. Menurut Goksel, kekuatan utama Hizbullah adalah terletak pada taktik peperangan gerila mereka. Kejayaan mereka memaksa Zionis untuk berundur dari selatan Lubnan pada Mei 2000 telah menjadikan mereka lebih berpengalaman di dalam taktik peperangan seumpama itu. Bentuk fizikal muka bumi selatan Lubnan yang amat mereka mahir itu memberikan kelebihan bagi pihak Hizbullah. Para pejuang Hizbullah tahu bila, dan di mana mereka mampu dan perlu untuk menyerang tentera-tentera Zionis yang telah berada di dalam kawasan selatan Lubnan. Berdasarkan kesedaran inilah, para tentera Zionis tidak berupaya untuk maju lebih jauh daripada kedudukan yang mereka berada sepanjang peperangan berlangsung.
Di dalam wawancara Goksel dengan al-Jazeera pula, beliau telah menekankan aspek perisikan dan pengkajian Hizbullah sebagai elemen penting di dalam memahami kekuatan Hizbullah.
Kemusnahan besar yang ditanggung oleh pihak tentera Zionis lewat pertempuran di Bint al-Jbeil telah cukup untuk membuktikan kebenaran analisis Goksel. Sebanyak 22 orang tentera Zionis telah cedera parah di dalam serangan yang dilancarkan oleh para pejuang Hizbullah ke atas mereka. Menurut Goksel juga, Hizbullah hanya perlu menghantar sekumpulan pejuang yang tidak melebihi 20 orang di dalam setiap serangan hendap mereka. 20 orang ini akan berusaha untuk mencederakan dan juga memusnahkan sebanyak mungkin keupayaan musuh. Formula sama yang pernah mereka gunakan sewaktu menghalau Zionis dari selatan Lubnan tahun 2000 yang lalu. Kemusnahan kereta kebal-kereta kebal milik tentera Zionis yang dianggarkan sebanyak 180 buah itu adalah bukti kemampuan para pejuang Hizbullah di dalam menguasai taktik peperangan gerila. Apa yang pasti, taktik peperangan ini jugalah yang telah membuatkan ramai di antara para tentera Zionis yang terkejut dan menerima tamparan yang hebat. Peperangan selama sebulan itu telah menyaksikan 123 orang tentera Zionis telah terkorban, manakala hampir 500 yang lain telah cedera parah.
Sistem perisikan dan perancangan yang sistematik
Di dalam wawancara Goksel dengan al-Jazeera pula, beliau telah menekankan aspek perisikan dan pengkajian Hizbullah sebagai elemen penting di dalam memahami kekuatan Hizbullah. Melalui kajian dan maklumat yang beliau ada, Hizbullah mempunyai unit khas di bidang perisikan dan pengkajian. Unit tersebut dianggotai oleh pakar strategi peperangan dan sejarah. Mereka juga mempelajari taktik dan strategi peperangan-peperangan di dunia dengan begitu teliti dan sistematik. Mereka melakukannya dengan begitu sabar dan gigih. Berdasarkan kajian yang mereka lakukan, unit kajian ini akan menghasilkan pula perancangan jangkamasa panjang mereka.
Unit kajian ini tidak dapat dipisahkan daripada unit perisikan Hizbullah. Unit perisikan Hizbullah bertanggungjawab mengkaji dan mengumpulkan maklumat tentang tentera Zionis. Mereka akan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang mereka perolehi dan mengkajinya dengan teliti sebelum merancang apa-apa operasi. Mereka sanggup bersabar untuk merancang sesuatu operasi. Mereka juga akan mengkaji setiap operasi yang telah dirancangkan dan mempelajari kelemahan-kelemahan yang ada, dan akan mengambilkira faktor tersebut di dalam merancang operasi-operasi di masa hadapan. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh para pejuang Palestin menurut Goksel.
Persediaan yang lama
Faktor persediaan Hizbullah untuk menghadapi peperangan ini juga tidak dapat dinafikan. Seringkali jurucakap mereka yang muncul di kaca-kaca Televisyen menegaskan perkara ini. Semenjak pengunduran tentera rejim Zionis dari bumi Lubnan pada tahun 2000, para pejuang Hizbullah telah mempersiapkan diri mereka. Kumpulan pejuang Hizbullah telah menerima latihan dan bersiap untuk sebarang kebarangkalian untuk bertempur dengan tentera Zionis setiap hari dari tarikh Mei 2000. Peperangan yang dilancarkan oleh rejim Zionis ini diibaratkan bagai pucuk dicita ulam mendatang, ataupun bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal. Para pejuang Hizbullah hanya perlu menantikan tentera-tentera Zionis masuk ke dalam perangkap mereka untuk mereka mengerjakan para tentera tersebut. Tidak hairanlah jika pasukan komando terbaik Zionis, briged komando Golani pun turut tewas di dalam pertempuran-pertempuran dengan para pejuang Hizbullah, terutamanya di Bint al-Jbeil dan Maroun al-Ras. Pengunduran tentera rejim dari kedua-dua buah kawasan tersebut telah menunjukkan kegagalan tentera Zionis untuk menguasai tempat berkenaan.
Kemampuan Hizbullah untuk menggunakan sebaik mungkin ilmu dan pengetahuan berkaitan fizikal selatan Lubnan juga banyak membantu mereka untuk menguasai peperangan tersebut.
Hal ini juga telah ditegaskan oleh Haj Abu Rabia, salah seorang pemimpin sayap tentera Hizbullah yang telah diwawancara oleh wartawan AFP pada 1 Ogos 2006. Menurut Rabia, ramai di antara para pejuang telah dilatih semenjak tahun 1982 lagi, lewat penjajahan rejim Zionis ke atas bumi Lubnan. Kebanyakan para pejuang merupakan warga awam tetapi menerima latihan ketenteraan yang profesional dan penuh disiplin. Penantian mereka untuk berperang dengan tentera rejim merupakan hadiah penantian selama lebih 20 tahun. Apabila dilaungkan jihad lewat peperangan 2006 ini, ramai di antara para pejuang telah bersiap sedia secara mental dan juga fizikal untuk masuk ke medan tempur. Terdapai ramai juga dari kalangan pejuang Hizbullah adalah mereka yang pernah berperang dengan Zionis semenjak tahun 1982 lagi. Kemampuan mereka untuk mengetahui selok belok cara bertempur pihak Zionis telah memberikan kredit yang banyak di dalam peperangan kali ini.
Kemampuan Hizbullah untuk menggunakan sebaik mungkin ilmu dan pengetahuan berkaitan fizikal selatan Lubnan juga banyak membantu mereka untuk menguasai peperangan tersebut. Kebanyakan para pejuang Hizbullah merupakan warga selatan Lubnan. Mereka lebih mengetahui keadaan persekitaran dan juga sejarah tempat berkenaan. Maklumat-maklumat dan arahan-arahan yang disampaikan adalah berdasarkan maklumat ini. Adalah sukar bagi para perisik Zionis untuk memahami bahasa-bahasa dan juga istilah-istilah yang digunakan oleh para pejuang Hizbullah. Kebanyakan maklumat yang diperolehi oleh pihak Zionis sepanjang epperangan tersebut adalah tidak relevan dan seringkali tersilap. Hal ini nampak ketara apabila pihak Zionis telah tersalah sasar di dalam setiap serangan mereka. Kesilapan yang terlalu banyak dilakukan oleh tentera rejim adalah kerana kesilapan maklumat yang mereka perolehi. Hal ini telah diakui oleh rakan Haj, di dalam wawancara tersebut.
Faktor disiplin dan juga semangat
Pendidikan dan juga usaha kesedaran secara berterusan turut menyumbang kepada kemantapan semangat para pejuang Hizbullah. Di samping itu, doktrin Karbala dan kesyahidan Hussein yang diimani oelh setiap penganut Syiah, telah memberikan motivasi berterusan kepada para pejuang Hizbullah yang majoritinya adalah penganut fahaman tersebut. Para pejuang Hizbullah juga dididik untuk mencintai syahid dan memerdekakan masjid al-Aqsa. Berbekalkan semangat revolusi Iran yang telah diimport melalui para pegawai revolusi lewat tahun-tahun 80′an, para pejuang Hizbullah akan berperang untuk mati. Sistem sokongan sosial Hizbullah membuatkan mereka tidak risau mengenai nasib keluarga mereka jika mereka gugur syahid di dalam peperangan. Sistem penjagaan anak yatim yang canggih dan tersusun oleh pihak Hizbullah menjadi motivasi kepada para pejuang mereka untuk berperang ke titisan darah terakhir mereka.
Tahap disiplin yang tinggi di kalangan para pajuang Hizbullah juga memainkan peranan di dalam kekuatan mereka. Mereka mempunyai para pejuang yang akan sanggup berlapar, sanggup menahan siksaan, dan sanggup untuk melakukan apa sahaja demi jihad dan demi doktrin Karbala yang mereka yakini. Para pejuang Hizbullah juga mempunyai tahap ketaatan dan kehormatan yang tinggi kepada Syed Hassan Nasrullah. Segala arahan dan seruan Nasrullah akan segera mereka lakukan dan laksanakan. Sebagai wakil Imam di Lubnan, segala arahan Nasrullah adalah wajib untuk mereka patuhi dan ianya adalah ibadat. Ketegasan dan karismatik Nasrullah banyak memberikan motivasi kepada para pejuang Hizbullah untuk terus berjuang. Hal inilah yang tiada di dalam hati para tentera Zionis dan tentera-tentera Arab yang pernah bertempur dengan Zionis di zaman 60′an dahulu. Kebanyakan para tentera berperang kerana terpaksa, tetapi para pejuang Hizbullah berperang kerana kewajipan dan mereka yang inginkan perjuangan tersebut.
Roket-roket Hizbullah
Antara kekuatan lain yang dimiliki oleh Hizbullah adalah roket-roket jarak jauh milik mereka. Jika HAMAS terpaksa mengahsilkan roket mereka sendiri dengan teknologi yang terhad, dan di bawah suasana penjajahan, Hizbullah pula lebih bernasib baik. Teknologi dan juga bantuan yang mereka terima dari Iran dan Syria memungkinkan mereka untuk memiliki roket-roket yang canggih. Di samping itu, mereka juga mempunyai ramai pakar dan saintis yang sentiasa bekerja untuk memperelokkan kemampuan roket-roket yang mereka miliki. Al-Khaibar, Zalazel, al-Fajr, al-Ra’ad dan lain-lain lagi roket milik mereka adalah di antara senjata yang paling penting di dalam peperangan kali ini. Jarak sejauh 70 meter pernah dijangkaui oleh roket-roket tersebut. Mereka juga dengan berani mengancam Zionis untuk mereka lancarkan roket ke arah Tel Aviv. Hal ini turut diperakui oleh pihak rejim yang mengetahui kemampuan Hizbullah. Malangnya, pihak rejim tidak pula menyangkakan Hizbullah mempunyai kemampuan lebih daripada apa yang mereka jangkakan.
Serangan-serangan yang dilancarkan oleh Hizbullah ke wilayah-wilayah tengah wilayah jajahan Zionis, termasuk ke Haifa, Atlit dan Akka benar-benar telah mencabar kemampuan Zionis.
Serangan-serangan yang dilancarkan oleh Hizbullah ke wilayah-wilayah tengah wilayah jajahan Zionis, termasuk ke Haifa, Atlit dan Akka benar-benar telah mencabar kemampuan Zionis. Pisak perisikan mereka tidak terduga Hizbullah mampu melancarkan roket sejauh itu. Serangan lebih 3,900 roket yang menghujani majoriti wilayah-wilayah utara jajahan Zionis di dalam peperangan kali ini benar-benar telah melumpuhkan kerajaan Zionis. Kini, rakyat Zionis sedang menggesa Ehud Olmert untuk meletakkan jawatan kerana gagal menjaga keselamatan mereka dan telah menyebabkan banyak kematian rakyat Zionis dan kemusnahan harta lewat peperangan Lubnan 2006 ini. Penerimaan rejim Zionis terhadap resolusi 1701 PBB yang memaksa gencatan senjata dari kedua-dua belah pihak pun adalah kerana tidak tahankan serangan roket Hizbullah. Sepanjang sebulan peperangan berlangsung, sebanyak 55 warga Zionis termasuk tentera telah terkorban natijah serangan roket-roket Hizbullah.
Kesimpulan
Peperangan Lubnan 2006 telah memberikan dimensi baru kepada masyarakat dunia mengenai rejim Zionis. Rejim Zionis yang dilihat sebagai kuasa terhebat di rantau Asia Barat lewat kejatuah Iraq, kini tidak lagi digeruni oleh lawan-lawan mereka. Tentera “keempat” terkuat di dunia yang mereka miliki ternyata tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Hizbullah yang mempunyai kelengkapan persenjataan yang jauh lebih lemah daripada mereka. Peperangan tersebut juga telah membuktikan kepada kita bahawa angka yang besar tidak semestinya hebat, tetapi persiapan, strategi, disiplin, perancangan, keimanan yang tinggi dan jaya juang yang tidak kenal henti, itulah formula kemenangan. Hizbullah telah membuktikannya, dan mungkin kita juga bakal menyaksikan perkara yang sama di bumi Palestin pula.
Bak kata Syed Hassan Nasrullah:
“Israel which has both nuclear weapons and the strongest air force in the region, is weaker than a spider’s web” (Dipetik dari artikel Kareem M Kamel, di lamanweb islamonline.net pada 4 Mac 2004)
http://palestinkini.info/?p=1247
12th May 2009

0 responses to "Rahsia Kekuatan HizbuLlah"