Menegakkan Agama dan Mentadbir Dunia dengannya


4:33:00 PM | Posted in
From: http://www.indianchild.com/inspiring_stories.htm

You don't actually have to take the quiz. Just read straight through, and you'll get the point, an awesome one. .....

Take this quiz:
1. Name the five wealthiest people in the world.
2. Name the last five Heisman trophy winners.
3. Name the last five winners of the Miss America contest.
4. Name ten people who have won the Nobel or Pulitzer Prize.
5. Name the last half dozen Academy Award winners for best actor actress.
6. Name the last decade's worth of World Series winners.
How did you do?

The point is, none of us remember the headliners of yesterday. These are
no second-rate achievers. They are the best in their fields.
But the applause dies. Awards tarnish. Achievements are forgotten.
Accolades and certificates are buried with their owners.

Here's another quiz. See how you do on this one:
1. List a few teachers who aided your journey through school.
2. Name three friends who have helped you through a difficult time.
3. Name five people who have taught you something worthwhile.
4. Think of a few people who have made you feel, appreciated and special.
5. Think of five people you enjoy spending time with.
6. Name half a dozen heroes whose stories have inspired you. Easier?

The lesson: The people who make a difference in your life are not
the ones with the most credentials, the most money, or the most awards. They are the ones that care.
Pass this on to those people who have made a difference in your life

Category:
��
3:31:00 PM | Posted in

Seorang penceramah yang terkenal memulakan seminarnya dengan memegang RM50 di tangannya. Kemudian dia bertanya kepada 200 orang pendengarnya, "siapa yang mahu duit RM50 ini?" Hampir semua yang hadir mengangkat tangan mereka. Dia berkata, "saya akan berikan RM50 ini kepada salah seorang daripada anda, tetapi sebelum itu saya ingin lakukan sesuatu". Lalu dia mengoyok-ngoyokkan duit kertas itu. Kemudian dia bertanya, "siapa yang masih mahu duit ini?" Mereka masih mengangkat tangan.

 "Baiklah, bagaimana pula kalau saya buat begini?" Dia menjatuhkan duit itu ke lantai dan memijak-mijaknya dengan kasutnya. Kemudian dia mengambilnya kembali, dan kini duit itu telah konyok dan kotor. Dan dia bertanya sekali lagi, "sekarang, siapa yang masih mahukan duit ini?". Mereka masih lagi mengangkat tangan. "Kawan-kawanku, anda semua telah pelajari pengajaran yang berharga. Tak kira apa jua yang saya lakukan terhadap duit ini, anda masih mahukannya sebab nilai duit itu masih tidak berkurang. Ia masih lagi RM50" katanya.


Pengajaran: Banyak kali dalam kehidupan kita, kita terjatuh, diburuk-burukkan dan dikotorkan oleh keputusan yang kita buat dan juga keadaan yang datang kepada kita. Pada ketika itu kita merasakan kita sudah tidak bernilai atau tidak berharga lagi. Namun tak kira apa jua yang telah dan akan berlaku pada diri kita, kita tak akan hilang nilai diri kita. Kita adalah istimewa, sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan oleh Tuhan.. Maka sentiasalah bersyukur dan ingat kepadaNya.. :)
��
11:07:00 AM | Posted in

Jangan bersedih dengan apa yang anda tidak miliki..

Diambil dari: http://ustfuadosman.blogspot.com

Seorang lelaki masuk ke sebuah syarikat milik Microsoft untuk memohon kerja sebagai pengelap lantai.Setelah selesai temuduga,pegawai syarikat tersebut memberitahu kepadanya bahawa keputusan temuduga akan dihantar melalui email. Lelaki itu berterus terang mengatakan bahawa dia tidak tahu menggunakan email. Pegawai tersebut merasa pelik dan menjawab : Kalau sesiapa yang tidak memiliki email maka seolah ia tidak wujud, orang yang tidak wujud tidak layak untuk berkerja di syarikat ini.

Lelaki itu keluar dari bangunan syarikat milik Microsoft dengan perasaan hampa.Dia masukan tangannya ke dalam kocek, lalu dikeluarkan satu note USD 10. Sambil itu ia berfikir, apalah yang boleh dia lakukan dengan nilai duit USD 10. Dalam perjalanan ia lalu kawasan pasar sayuran. Ia tergerak untuk membeli sekotak tomato dengan duit yang dia ada.

Kemudian lelaki itu berhenti di suatu sudut dan mula menjual tomatonya.Nasibnya baik. Tomatonya habis dijual. Esoknya dia menggunakan modal yang ada untuk membeli dua kotak tomato. Hari bersilih ganti. Akhirnya lelaki itu menjadi saudagar ekspot import makanan dalam tempoh lima tahun.

Bila syarikatnya telah berkembang maju, ia ingin menggunakan polisi insuran bagi melindungi perniagaannya.Ia pergi ke sebuah syarikat Insuran. Setelah selesai perbincangan dengan pegawai Insuran, pegawai itu memintanya alamat email bagi memudahkan urusan. Lelaki itu mengatakan bahawa ia tidak memiliki sebarang email. Dengan rasa hairan pegawai Insuran berkata : Anda memiliki syarikat perniagaan yang besar sedangkan anda tidak memiliki kemudahan email. Cuba anda bayangkan apa akan berlaku kalau anda tahu menggunakan email?..

Lelaki itu diam sebentar kemudian ia menjawab : Mungkin saya masih menjadi pengelap lantai di salah sebuah syarikat Microsoft.

Insafilah : Jangan bersedih dengan apa yang anda tidak miliki...mungkin anda lebih berasa sedih dengan memilikinya

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,


(QS. AL HADID:23) 
��
11:52:00 AM | Posted in
diambil dari: www.iluvislam.com


Kedatangan Islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah membebaskan rakyat negara itu dari penindasan serta kezaliman. Ketika itu Sepanyol diperintah oleh Raja Roderic yang berbangsa Gothic. Dia dan orang-orangnya hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi.

Kaum wanita terutama anak-anak gadis yang cantik berasa tidak selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderic ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan dibunuh malah ada yang dibakar hidup-hidup. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di bawah pemerintahan kerajan Islam.

Panglima Julian iaitu Gabenor Ceuta, menaruh perasaan marah dan dendam kepada Raja Roderic kerana memperkosa Florida, puterinya yang cantik jelita. Bagi membalas dendam kepada raja yang zalim itu, dia berangkat ke Afrika lalu menghadap Musa bin Nusair, wakil khalifah Islam di Afrika. Julian meminta bantuan tentera Islam bagi menumbangkan pemerintahan Raja Roderic.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Musa bin Nusair segera mempersiapkan sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan. Dia melantik Tariq bin Ziyad bagi memimpin angkatan perang itu.

Dengan menaiki 12 buah kapal perang, tentera islam menuju ke benua Eropah itu. Selepas mendarat di Andalusia, Tariq bin Ziyad segera memerintahkan kapal-kapal perang yang mereka naiki dibakar. Pada mulanya, tindakan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar tentera Islam. Mereka menganggap perbuatan itu kurang siuman dan bertentangan dengan hukum Islam yang melarang merosakkan harta benda awam. Apatah lagi, kapal perang kepunyaan mereka sendiri. Mereka juga mempersoalkan bagaimana hendak pulang ke tempat asal apabila kapal yang mereka naiki sudah dibakar.

Untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq bin Ziyad segera mengumpulkan tenteranya di sebuah bukit yang kini dikenali nama Gibraltar (Jabal Tariq) lalu Tariq bin Ziyad berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini,

"Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!"


Jabal Tariq pada hari ini

Kata-kata keramat Tariq bin Ziyad itu berjaya meniupkan kambali semangat jihad di kalangan tentera Islam. Dengan semangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang tentera Raja Roderic yang berjumlah 100 ribu orang.

Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran sebaliknya. Dia menganggap mereka Andalusia demi mati syahid ataupun mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang ke tanah air.

Pada 19 Julai 711 masihi, terjadilah pertempuran antara tentera islam yang dipmpin oleh Tariq bin Ziyad dengan tentera Gothic yang dipimpin oleh Raja Roderic. Peristiwa itu berlaku berhampiran dengan sungai Barbat kerana di situlah tentera Gothic berkumpul bagi menghalang kemaraan tentera Islam. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang membakar dalam diri, mereka berjaya memberi pukulan hebat kepada musuh. Akhirnya, tentera Gothic tewas dan Raja Roderic mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Kekalahan itu amat memalukan tentera Gothic lalu mereka mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam daripada tanah air mereka. Tetapi tentera Islam bertambah kuat dengan kedatangan tentera tambahan dari Afrika yang dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair.

Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.



Al-Hambra yang bermaksud "Yang berwarna merah" merupakan kubu dan istana kerajaan Islam di Granada.

Antara faktor kejayaan gemilang tentera Islam di Andalusia kerana rakyat negara itu sememangnya sudah benci dengan pemerintahan Raja Roderic yang zalim. Oleh itu, kedatangan tentera Islam dianggap sebagai penyelamat malah ada yang sanggup bergabung dengan tentera Islam bagi memerangi tentera Gothic.

Rakyat Andalusia yang sekian lama hidup menderita di bawah kekuasaan tentera Gothic tertarik dengan dengan kebaikan perilaku tentera Islam. Seorang ahli sejarah Philip K.Hitti berkata,

"Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam."

Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Rakyat Andalusia yang sudah lama menderita akibat penindasa digantikan dengan kebaikan pemerintahan Islam.

Rakyat tidak lagi merasa tertindas dan harta mereka terpelihara. Paderi-paderi Kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana khuatir dengan tindak balas orang-orang Islam kembali semula ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan baru di bawah kekuasaan Islam yang adil.

Tariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Tetapi manusia cuma merancang, Allah yang menentukan. Ketika persiapan sedang giat dilakukan, tiba-tiba Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, dia mematuhi arahan itu. Niat mahu menakluki Eropah terpaksa dibatalkan. Tariq bin Ziyad meninggal dunia di Damsyik. Namanya tercatat dalam sejarah sebagai panglima yang menggerunkan pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderic. Hingga kini, Gibraltar atau asalnya Jabal Tariq yang bermakna Bukit Tariq masih abadi di Andalusia, Sepanyol.

Atas usahanya, kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun. Di Sepanyol beliau telah menjadi legenda sehingga digelar "Tariq El-Tuerto" yang bermaksud "Tariq bermata satu". Semoga Allah merahmatinya. Amin.
Category:
��
8:53:00 AM | Posted in ,
Dipetik daripada blog: http://pembinapahang.blogspot.com

Tuhanku,

Aku masih ingat,
saat pertama dulu aku belajar mencintai-Mu
Tarbiyyah demi tarbiyyah kuterima,
untai demi untai kalimah para ustaz kuresapi.
Tentang cinta para nabi,
tentang kasih para sahabat,
tentang muhabbah para solehin,
tentang kerinduan para syuhada...
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam,
kutumbuhkan dalam mimpi idealisme yang
mengawang di awan.

Tapi Tuhanku...

Berbilang hari demi hari
tahun demi tahun berlalu,
aku masih juga tidak menemukan
cinta tertinggi untuk-Mu,
aku makin merasakan
gelisahku memadai dalam cita yang mengawang,
sedang kakiku mengambang,
hingga aku terhempas dalam jurang dan kegelapan.

Allahu Rahiim,
Illahi Robbii...
Perkenankanlah aku
mencintai-Mu semampuku….
Dengan segala kelemahanku.

Ilaahi...

aku tak mampu mencintai-Mu
dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Mustafa
Kerana itu
izinkan aku mencintai-Mu
melalui keluh kesah pengaduanku pada-Mu,
atas derita batin dan jasadku,
atas sakit dan ketakutanku...

Ilaahii…..

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti Abu Bakar,
yang menginfakkan seluruh hartanya dijalan-Mu
dan meninggalkan hanya Engkau dan Rasul-Mu
bagi diri dan keluarganya.
Atau layaknya Umar
yang menyerahkan separuh hartanya demi jihad.
Atau Ustman
yang menyerahkan 1000 ekor kuda
untuk syiar Deen-Mu

Ilaahii...

Izinkanlah aku mencintai-Mu,
melalui kepingan kepingan yang terulur pada tangan - tangan kecil di bahu jalan,
pada mereka yang menadah tangan memohon sumbangan.
pada makanan-makanan yang terkirim ke handai taulan.

Illaahi...

Aku tak mampu mencintai-Mu
dengan khusyuknya solat sahabat nabi-Mu,
hingga tidak terasa panahan musuh terhujam di kakinya.
Kerana itu Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cinta-Mu,
dalam solat yang cuba kudirikan
dengan terbata-bata,
meski ingatan terkadang melayang
ke pelbagai permasalahan dunia...

Ilaahii...

Aku tak mampu beribadah
seperti orang-orang soleh
yang membaktikan seluruh malamnya
untuk bercinta dengan-Mu
dalam satu putaran malam.
Maka Ya Allah...
Perkenankanlah aku mencintai-Mu
melalui satu - dua rakaat solat lailku,
atau sekadar sunnah nawafilku,
dan selembar dua lembar tilawah harianku
Juga lewat lantunan ayat ayat hafalanku...

Ya Rahiim...

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti para syuhada,
yang menjual dirinya demi jihad untuk-Mu...
Maka perkenankanlah aku mencintai-Mu
dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan
untuk dakwah-Mu,
dengan sedikit pengajaran
bagi tumbuhnya generasi baru

Allah Ya Kariim...

Aku tak mampu mencintai-Mu di atas segalanya,
atas segala kelemahanku,
ampunilah daku Tuhan...

Maka dengan itu
izinkanlah aku mencintai-Mu
dengan mencintai keluargaku,
membawa mereka pada nikmatnya hidayah dalam naungan Islam,
manisnya iman dan ketabahan.
dengan mencintai sahabat-sahabatku,
mengajak mereka untuk lebih mengenal-Mu,
dengan mencintai manusia dan alam semesta

Perkenankanlah aku mencintai-Mu
semampuku, Ya Allah...

Agar cinta itu sentiasa mengalun dalam jiwaku
Agar cinta itu sentiasa mengalir di sepanjang urat nadiku
Agar cinta itu sentiasa mekar dalam lubuk sanubariku





oleh : Azimah Rahayu
dalam buku : Hari Ini Aku Makin Cantik
Category: ,
��
1:32:00 AM | Posted in
dipetik daripada: http://cas2ry.multiply.com/journal

SETIAP kali sambutan Maulidur Rasul, tiba-tiba hati kita sayu diramas rindu kepada Baginda SAW. Emosi semakin memuncak mencari-cari kenangan terindah yang ditinggalkannya.

Kalaulah kita dapat memiliki jiwa selembut Imam Malik Rahimahullah yang terus menerus mengajarkan kalimah peninggalan kekasihnya Muhammad SAW, beliau membacakan hadis Baginda kepada muridnya sambil menitiskan air mata menanggung kerinduan, membela ajarannya dengan sepenuh jiwa dan raga.

Kekuatan rindu itu mengalahkan kesakitan yang beliau deritai ketika seekor kala menyengat sebelah kakinya. Imam Malik Rahimahullah tidak berganjak daripada majlisnya dan masih meneruskan pelajaran hadis yang sedang dibaca.

Seorang anak muridnya bertanya kepada beliau, mengapa tidak memberhentikan pengajian sementara beliau mengambil ubat. Imam Malik berkata: “Apakah begitu yang disebut kerinduan kepada Rasulullah SAW?”

Betapa hebatnya pengaruh hadis Rasulullah SAW kepada hati seseorang mukmin. Apabila kita mendengar sebuah hadis dibacakan ataupun sekiranya kita adalah seorang yang sedang mengajar hadis, pernahkah kita rasai bahawa keadaan ini adalah sedekat-dekatnya kepada Baginda SAW.

Alangkah bahagianya jika kita juga memiliki jiwa seperti Muaz Jabal yang dekat dan rapat dengan Rasulullah SAW.

Beliau memiliki kulit yang sentiasa bersentuhan dengan kulit Rasulullah SAW, tangan beliau pernah dipimpin oleh Baginda, wajahnya ditumpahi kasih sayang seorang Nabi SAW.

Saat beliau diutus ke Yaman sebagai pendakwah Islam di sana, Baginda Rasulullah SAW mengusap air matanya sambil bersabda yang bermaksud: “Mengapa engkau menangis wahai Muaz? Jawab Muaz: Hamba sedih berpisah denganmu wahai Rasulullah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jangan sedih wahai Muaz, sesungguhnya kesedihan itu sebahagian daripada syaitan. Wahai Muaz, bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Iringi keburukan itu dengan kebaikan nescaya keburukan itu dihapus oleh kebaikan dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Betapa beruntungnya memiliki ketaatan kepada Rasulullah SAW seperti taatnya sahabat, Hakim Hizam. Beliau adalah seorang yang baru memeluk Islam, hidup pada zaman Islam memperoleh kekayaan yang melimpah kerana ghanimah yang didapati dalam peperangan.

Suatu hari selepas perang Hunain, Hakim menghadap Rasulullah SAW untuk meminta harta rampasan perang.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, berilah aku sesuatu!” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu melihat seluruh kambing yang berada di lembah itu? Sesungguhnya itu semua adalah milik kamu.

Kemudian dia datang lagi dan meminta kepada Baginda untuk kali kedua. Rasulullah SAW memberinya 100 ekor unta. Hingga kali ketiga dia datang dan meminta. Rasulullah SAW juga memberinya 100 ekor unta lagi. Tidak puas dengan pemberian itu, Hakim mencuba meminta kepada Baginda SAW sekali lagi. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini umpama rerumputan yang hijau, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.”

Hakim berasa malu dan berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, demi Allah aku tidak akan meminta lagi kepada sesiapapun selepas ini dan aku tidak akan menerima pemberian sesiapa lagi.”

Janji dan ketaatan Hakim kepada Rasulullah SAW tetap digenggam hingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak pernah meminta dan tidak mahu menerima pemberian orang selepas kejadian itu.

Begitulah kehebatan didikan Rasul yang hanya meninggalkan ilmu dan agama kepada umatnya. Walaupun harta dan dunia berada di tangannya, musuh menyerah diri di bawah kekuasaannya.

Namun begitu, Baginda makan di atas tanah bersama hamba. Menangis pada malam yang gelap ketika mendengar seorang wanita tua membaca ayat mengenai hari kiamat. Baginda amat menyukai sujud, meletakkan wajah di atas tanah kerana mahukan Allah Taala sentiasa berada dekat bersamanya.

Hati siapa tidak terbius oleh sirahnya yang harum, mengingati keistimewaan peribadi seorang insan bernama Muhammad SAW. Tidak kira hati itu milik siapa, mukmin atau munafikin bahkan kafir laknatullah juga tersentuh oleh keagungan Baginda SAW.

Seorang orientalis terkenal, Goldzhiher menyatakan: “Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga Nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru.

Kemudian selepas 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.”

Ketika ini, masih adakah kebanggaan yang tersisa sebagai umat Muhammad SAW, jika anak kita malu berimejkan Islam dan belajar sembahyang. Agama dipisahkan daripada kehidupan dunia.

Kita semakin asyik melayan kehendak diri tanpa menimbang inikah jalan yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Sementara orang mengaku kuat beragama pula tertipu oleh ilmunya dan menjauhkan diri daripada perjuangan sebenar membela Islam.

Cukupkah cinta ini tanpa berbuat sesuatu yang membuktikan ia adalah cinta sebenar? Betapa pentingnya pembuktian kerana cinta ini bukan khayalan semata-mata.

Abu Musa al-Asy’ari berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seseorang akan bersama dengan yang dikasihinya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat lain Nabi SAW ditanya: Bagaimana jika seseorang kasih kepada satu kaum tetapi tidak berkumpul bersama mereka? Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Seseorang akan berkumpul dengan kekasihnya di akhirat.”

Wahai Rasulullah SAW, layakkah hamba berdampingan denganmu? Soalan sebegini sepatutnya sering berlegar di ruang minda kita setiap masa.

Jangan ditunggu sekali setahun untuk menyatakan kasih kepada Baginda SAW. Takut terlepas pula sayang Rasulullah SAW kepada kita.

Sungguh beruntung Sawwad Ghazwah yang ketika nyawanya hendak berceraidaripada badan pada peperangan Badar, Rasulullah SAW datang memeluk tubuhnya.

Sungguh tiada kenikmatan yang melebihi nikmatnya bersentuhan dengan Rasulullah SAW. Tiada ubat penawar yang dapat menyembuhkan selain usapan tangan Baginda SAW ke atas luka yang menganga.

Rasulullah SAW memujuk: “Mengapa kamu menangis wahai Sawwad? Tiada kalimah lain yang paling bermakna untuk menyatakan cinta sejati kepada Muhammad SAW selain jawapan: “Wahai Rasulullah, sudah datang apa yang engkau lihat, kerana itu aku ingin menyentuh kulitmu dengan kulitku sebagai akhir perjanjian denganmu.”

Sebuah janji kepada Rasulullah SAW untuk sehidup dan semati tetap mencintai. Alangkah bahagianya hidup ini seandainya kita memiliki impian seperti seorang yang bernama Sawwad. Sebagai muslim sejati, kita perlu mencontohi peribadi Nabi Muhammad SAW.
Petikan daripada : Berita Harian
Sekadar renungan bersama.. waLlahu a`lam..
Category:
��