Menegakkan Agama dan Mentadbir Dunia dengannya
2:44:00 AM |
Posted in
Relax
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama..... =D

Category:
Relax
��
12:08:00 AM |
Posted in
Mind and Intelligence
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (kaaffah), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqaah: 208)
Dalam Tafseer Jalalain, kaaffah dalam ayat di atas merujuk kepada keadaan keIslaman yang perlu diamalkan iaitu keseluruhan syariatnya. Dengan ini kita jelas, seruan Allah adalah untuk orang-orang yang beriman untuk mengamalkan segenap syariatnya dan tidak menceduk-ceduk atau mengambil sebahagiannya sahaja. Seruan ini memerlukan tadabur yang mendalam kerana walaupun seseorang itu telah beriman, kecenderungan untuk tidak mengikuti keseluruhan Islam itu tetap ada dan lantaran itulah seruan Allah dijelaskan dalam ayat ini.
Apabila kita memerhati konsep keseluruhan, ia tidak dapat lari dari konsep sistem atau nizoom. Hatta dalam memperkatakan tentang Islam, ia sering dikaitkan dengan nizoom-ul-hayaah (sistem kehidupan). Islam bukan sekadar ritual ibadah yang sekadar ke masjeed atau membaca Yasin ketika nazak. Islam mencakup semua perkara dengan komponen di dalamnya yang saling berkait. Kumpulan komponen yang saling terkait inilah yang dinamakan sistem.
Pemahaman sistem ini amat penting kerana arus kebangkitan dunia kini menuju ke arah satu perubahan baru yang amat cepat dan berbeza. Jika Gelombang Pertama dikaitkan dengan Era Pertanian, Gelombang Kedua dikaitkan dengan Era Perindustrian dan Gelombang Ketiga dikaitkan dengan Era Tekonologi Maklumat - sebagaimana dinyatakan oleh pakar penganalisis masa depan, Alvin Toffler- Gelombang atau Arus Keempat yang sedang bergerak ke arah masyarakat dunia ialah Era Bioteknologi dan Pemikiran Sistemik. Mengapa terjadi sedemikian?
Tidak lain tidak bukan kerana budaya dan perspektif masyarakat di dunia sedang dan akan berubah dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekitar seperti Peristiwa 11 September, peperangan, kajian Human Genom Project dan banyak lagi hal yang memerlukan pemahaman secara keseluruhan atau sistem pada perkara yang berlaku.
Atas dasar itu, Pemikiran Sistemik menjadi maudhuk atau topik tulisan saya lantaran hal ini amat penting bagi memastikan pemikiran dan psikologi kita bersedia menerima zaman baru tersebut.Lebih penting dari itu, Pemikiran Sistemik adalah manifestasi pemahaman idea Islam secara kaaffah dan syumul yang perlu dijana oleh umat Islam kini.
Sememangnya Islam telah syumul. Tapi, jika akal yang menanggapi Islam itu tidak kaaffah atau syumul, ia akan mewujudkan masalah dalam masyarakat kita sehingga hilang pedoman memahami apa yang berlaku dan gagal mengamalkan ajaran yang diletakkan oleh Allah dalam al-Quran dan Sunnah secara efisien.
Jika di Barat, Pemikiran Sistemik ini lebih dikenali dengan Systems Thinking atau Systemic Thinking. Antara pengarag yang terkenal yang mula memperkenalkan idea ini semula ialah Peter M Senge dalam bukunya The Fifth Discipline. Namun, disebabkan sumber bukan berasal dari orang Islam, bahasannya hanyalah sekadar dalam bab sosial dan pengurusan tanpa mampu mengetengahkan idea yang benar-benar lengkap dalam Islam. Walau bagaimananapun, jika diperhatikan isi kandungannya, secara tidak langsung ia akan mengetengahkan satu sistem nilai yang sebenarnya dipunyai oleh Islam dan perlu kita amalkan dengan yakin dan teguh. Sememangnya 'hikmah itu adalah barangan yang hilang dari orang Islam. Sesiapa yang menjumpainya , maka ia lebih berhak ke atasnya'.
Beberapa fenomena sedang dan akan terjadi dalam dunia sekarang mengiakan kedatangan Arus Dunia Keempat. Antaranya:
Masyarakat mencari agama dan nilai spiritual
Penggunaan akan digantikan dengan bertambahnya aspek GAIA
Materialisme dan saintisme akan jatuh
Institusi akan menuju ke arah sahutan servis global
Kekayaan akan diberi definisi semula, terutama dalam sistem akaun
Sempadan yang tidak ketara akan muncul di antara dunia korporat dan kehidupan persendirian
Servis tanpa kepentingan bukan sekadar menjadi retorik dalam agama, tetapi akan muncul sebagai paradigma kepada manusia biasa
Agama akan 'menyaingi' sains
Daripada beberapa ciri di atas, masyarakat sebenarnya menuju ke arah satu gaya hidup yang syumul dan sistemik. Perlu dijelaskan, sistemik dan sistematik adalah dua istilah yang berbeza. Sistemik adalah kaedah memandang sesuatu secara keseluruhan manakala sistematik adalah kaedah memandang sesuatu secara berturutan atau berdikir-dikit. Definisi ini perlu jelas kerana trend pemikiran manusia kini ialah sistematik dan kurang kepada sistemik. Manakala di zaman awal manusia, terutama ketika kegemilangan Islam di zaman Rasulullah dan sahabat, mereka lebih ke arah perspektif sistemik atau secara keseluruhan. Itulah sebabnya, mereka mampu mengamalkan Islam secara kaaffah kerana beberapa ciri yang mereka amalkan menunjukkan pemahaman idea sistem dalam hidup mereka, walaupun tidaklah secara formal.
Pemikiran atau pendekatan sistematik dalam kehidupan adalah bagus kerana ia melibatkan analisis atau kajian dalam hidup kita. Manusia memang mampu menganalisis kerana ia melibatkan pemahaman hal di sekitar dalam bentuk juz'iyyat (terbahagi-bahagi). Namun, pendekatan sistematik yang berkaitan dengan analisis ini perlu dikembangkan dengan sintesis yang wujud dalam pemikiran sistemik. Betapa ramai di kalangan kita yang mampu menghargai keindahan pelangi tanpa memandangnya secara keseluruhan? Betapa ramai yang hanya menganalisa warna pelangi secara juz'iyyat dan akan terserlah warna pelangi hanya dengan memerhati warna birunya sahaja? Tentu tidak mungkin. Yang menjadikan kita dapat menghargai pelangi dan refleks kepada kebesaran Allah adalah disebabkan selepas kita menganalisa warna yang pelbagai tersebut, ia perlu disintesiskan atau digabungkan untuk mendapat perspektif atau pandangan secara keseluruhan. Itulah sistemik!
Jika dalam kehidupan kita, banyak hal dapat dirasakan 'manisnya' kerana kita memandang secara keseluruhan, mengapa masih ramai lagi yang mahu berfikiran sistematik tanpa meneruskannya dengan pandangan sistemik? Bukankah itu lebih baik?
Sudah tentu kita mahu berfikiran sistemik tetapi ramai yang tidak perasan atau tidak mahu mengamalkannya kerana pemikiran sistemik memerlukan akal yang saleem untuk menggabungkan banyak perkara untuk proses sintesis atau penggabungan. Analisis mungkin sekadar memerlukan kerja selama 1 jam, tetapi sintesis mungkin melibatkan kerja 2 jam untuk mengkaji dan membuat kesimpulan. Inilah salah satu sebab pemikiran sistemik tidak dominan, padahal ia memberi kesan yang amat besar.
Di kalangan umat Islam, pemikiran sistemik ini mungkin kurang kerana kita sering terpengaruh dengan kaedah berfikir secara konvensional tanpa terperasan roh Islam itu adalah dalam bentuk sistem dan bukan terpecah-pecah. Jika tidak, pasti Allah tidak perlu mengingatkan hamba-Nya yang beriman betapa penting untuk masuk ke dalam Islam itu secara kaaffah.
Dengan itu, jelaslah pada kita, Pemikiran Sistemik bukanlah sekadar bahan tulisan retorik tetapi bersangkut paut seruan untuk kita sama-sama mendalami ciri-cir pemikiran dalam diri manusia yang punya banyak kekuatan dan kelemahan. Setelah mengetahui ciri-ciri akal, kita perlu mendalami apakah sunnatullah pada sistem kita di sekeliling dan sistem tubuh badan kita sehingga kita mampu berinteraksi dengan komponen lain dengan efisien lantas memaksimumkan potensi yang Allah berikan. Hanya kita di kalangan jin dan manusia sahaja yang tidak benar-benar patuh pada Allah kerana ketaatan kita pada-Nya adalah dengan pilihan padahal makhluk lain telah menyerah diri pada-Nya tanpa pilihan (karhan). Bagi memastikan sistem alam ini stabil di dunia dan akhirat, perlulah kita mengikut sunnatullah atau kita akan terseksa kerana tidak mengikuti-Nya. Allah berfirman:
"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka (tau'an) maupun terpaksa (karhan) dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan."(Ali Imran:83)
(Artikel tulisan kolumnis Fazrul Ismail, di Majalah i Disember 2003 terbitan Karangkraf)
Category:
Mind and Intelligence
��
11:16:00 PM |
Posted in
Facts and General Knowledge
Fakta-fakta Menarik Siapa Yahudi dan Dunia Islam
- Albert Einstein – saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah TIME sebagai “manusia abad ini”
- Sigmond Freud – melalui teori id, ego dan super-ego, bapa psikoanalisis
- Benjamin Rubin – memperkenalkan jarum suntikan pelalian
- Johas Salk – mereka vaksin polio yang pertama
- Gertrude Elion – mencipta ubat melawan leukemia
- Baruch Blumberg – mencipta vaksin Hepatitis B
- Paul Ehrlich – menemukan rawatan untuk siflis
- Elie Metchnikoff – pemenang hadiah nobel untuk penyakit berjangkit
- Bernard Katz – pemenang hadiah nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuscular
- Andrew Schally – penerima hadiah Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis)
- Aaron Beck – menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia)
- Gregory Pincus – membangunkan pil perancang keluarga yang pertama
- George Wald – menenag Nobel bagi kajian mata manusia
- Standley Cohen – menang hadiah Nobel dalam kajian embryology (kajian janin dan perkembangannya)
- Willem Kolff – mencipta mesin dialisis (mencuci buah pinggang)
- Stanley Mezor – mencipta mikrocip pertama
- Leo Szilards – membangunkan reaktor rangkaian nuclear pertama
- Peter Schultz – mencipta kable gentian optic
- Charles Adler – mencipta lampu isyarat
- Benno Straus – besi tahan karat – stainless steel
- Isador Kisse – sistem suara di pawagam
- Emile Berliner – mikrofon untuk telefon
- Charles Ginsburg – alat pita rakaman
- Ralph Lauren – POLO
- Levis Strauss – Levis Jeans
- Howard Schultz – Starbuck’s
- Sergey Brian – Google
- Michael Dell – Dell Computers
- Larry Ellison – Oracle
- Donna Karan – DKNY
- Irv Robinson – Baskin & Robbins
- Bill Rosenberg – Dunkin Donuts
- Richard Levin – Presiden Universiti Yale
- David Marshal - bekas Ketua Menteri pertama Singapura
- Wolf Blitzer – CNN
- Barbara Walters – ABC News
- Eugene Meyer – Washington Post
- Henry Grunwald – Ketua Editor TIME
- Katherine Graham – penerbit The Washington Post
- Joseph Lelyyeld – Editor Eksekutiff The New York Times
- Max Frankel – The New York Times
- Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woodey Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis, Peter Falk – pelakon Hollywood
- Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1,2,3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman , Douglas Fairbanks, Ivan Reitman (Ghostbuster) – pengarah-pengarah Hollywood
- William James – dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik
- di Washington USA mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan membuat apa saja demi Israel.
- Hanya ada 14 juta Yahudi dimuka bumi ini. 7juta di Amerika, 5juta di Asia, 2juta di Eropah, 100,000 di Afrika.
- Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100) manakala Muslim dianggarkan 1,476,233,470 di atas muka bumi. 1 bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah, 6 juta di Amerika.
- Setiap lima insane manusia adalah Muslim
- setiap seorang Hindu ada 2 orang Muslim
- Setiap seorang Buddha ada 2 orang Muslim
- setiap seorang Yahudi ada beratus Muslim
- terdapat 57 negara anggota OIC didalam nya ada 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap 3 juta orang Islam. Dan tiada sat upon universiti Negara Islam yang berada di puncak 500 ‘Kedudukan Akademik Universiti-Universiti Dunia)
- Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di Negara maju ialah hamper 90% dan 15 negara itu mempunyai 100% celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40% dan tiada Negara yang mempunyai 100% semuanya celik huruf
- Sekitar 98% penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurangnya sekolah rendah, sementara hanya 50% di negara majoriti Islam. Sekitar 40% penduduk di negara maju memasuki universiti sementara hanya 2% di negara majority Islam.
- Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4000 per sejuta, Jepun 5000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35000 dan hanya 50 juruteknik persejuta berbanding negara maju 1000 juruteknik persejuta.
- Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk tujuan R&R sebaliknya negara maju membelanjakan 5% daripada KDNK.
- jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara OIC ialah di bawah AS$ 2 trilion. Amerika sahaja menghasilkan barang dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8trilion, Jepun AS$3.8 trilion, Jerman AS$2.4 trilion.
- Pengeluar minyak yang kaya Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak),bernilai AS$500 bilion, Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan benilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$ 489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Isu-isu:
a) Mengapa Yahudi terlalu berkuasa?
Jawapannya: kerana pendidikan, pelajaran, ilmu
b) Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Jawapannya: dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan
Kesimpulan: Umat Islam kurangnya ilmu, kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
P/S: Sama-sama kita renungkan dan ambil i`tibar..
Daripada: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html)
Category:
Facts and General Knowledge
��
10:58:00 PM |
Posted in
Facts and General Knowledge
Dipetik dari bl0g http://azharazian.blogspot.com
- The Majority of Muslims do not live in the middle East. The most populous muslim country is Indonesia, the 4th largest country in the world with 184 million muslims. There are more muslims in India than the combined population of Syria, Iraq, Jordan, Palestine and the whole of the Arabian Peninsula.
- The following English words are borrowed from Arabic: Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony. And even 'alchohol' derives from Arabic : al-kuhl meaning powder. These are just a few mentioned here.
- The first treatise on smallpox and measles was written by Abu Bakr alrazi (c.864-925,known to Europe as Rhazes). (Due to this) Inoculation agianst smallpox became a common practise in muslim lands. Despite this , Scientific text book credit the invention of a smallpox vaccine to Edward Jenner.(1749-1823).
- Early Oxbridge students studied books written by muslims on mathematics, medicine, chemistry, optics and astronomy.
- Adelard of Bath (a city in the UK) was a leading scholar of the middle ages. what made him famous was translating the word of muslim scientists from Arabic to Latin!
- The 1860 city records of Cardiff (UK) show a masjid in operation in a converted building at 2 Glynrhondda St. Yemani sea men on their trips between Aden (in Yemen) and Cardiff founded this masjid.
- The first purpose built masjid is claimed to be in Woking (South of England) with money provided by the ruler of Bhopal, in India (the Shah Jehan masjid was built in 1889).
- The Islamic calender is based on the phases of the moon, with it being approximately 11 days shorter than the 365 days of the year in the Julien calender. Hence, the dates of our festivals move through the year.
- The grand doors of our prophets (salAllahu alayhi wasalam) masjid in Medina weigh 2 and half tonnes each! Enormous quantities of "sag wood" was gathered from all over the world and shipped to the united kingdom to be dryed in computerised furnaces (the traditional drying process would have taken many years!). Even then , it took 5 months to dry the wood! the wood was then shipped to Barcelona (Spain), Where the main body of the doors where made. And finally the French even paid their little part, as the brass ornamentation was carried out in the city of Roi (France). Next time you visit the holy masjid, keep this entirely in mind!
- It was only in 1932 the Kiswah (cloth of the Ka'bah) was wholly made by Saudis (citizens of Saudi Arabia).
- The roof top of our Prophet's (SalAllahu alayhi wasalam) masjid in Madina is designed to be strong enough to carry addtional floors in the future.
- Some verses in the Koran refer to man being equal to woman. Mathematically, the number of times the word "man" appears in the Koran is 24. The number of times the word "woman" appears in the Koran is also 24.
Category:
Facts and General Knowledge
��
10:46:00 PM |
Posted in
Inspiring Stories
Dipetik dari bl0g http://achiksolehah.wordpress.com/ . Selamat Membaca =)
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan,” jawab Fikri.
***
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
[QS al-Taubah 9:24]

��Comments
Followers
About Me
- Khairul Hafidzi Mohd Subky
- A person.. Loves to read and think...
Labels
- Career (1)
- Facts and General Knowledge (2)
- Friendship (1)
- General (1)
- Inspiring Stories (3)
- Intro (1)
- Leadership (2)
- Love (1)
- Mind and Intelligence (2)
- Poems (1)
- Psychology (1)
- Relax (1)
- Sirah (1)
- SMAPK and Friends (1)
- Strategic Info and Research (3)
- Tazkiyatun Nafs (1)
- Thinking Time (1)
- Tokoh Islam (1)
Visitors
My Widgets
Calendar
Asmaul Husna
WorDs oF aDViCe
Sabda Rasulullah saw: “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah” [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
"Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, ujian yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia, yang punya rasa simpati, pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu bersemangat dalam menempuh kehidupan"
-My Sahabat-
-My Sahabat-
"If you think you can do a thing or think you can't do a thing, you're right"
-Henry Ford-
-Henry Ford-
“ Tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah sewaktu tiada naungan selain dari naungan-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup dalam keadaan beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat dengan masjid, dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah dan bertemu serta berpisah kerana Allah, lelaki yang digoda oleh perempuan cantik yang berkedudukan lalu menjawab : Sesungguhnya aku takut kepada Allah dan lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah sewaktu bersendirian lalu mengalir air matanya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari no.660 dan Muslim no.2377)
<